Sunday, November 21, 2010

Next step...

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Sudah lebih 3 minggu menjadi warga UMT. Pelbagai cabaran & dugaan. Merempit dalam hujan (kalu tak hujan pun merempit jugak kan..sudey la ko), bertarung dengan pemandu-pemandu yang lagaknya seperti pemandu F1(ingat jalan raya ni litar lumba kaa...adui), menghidu gas-gas berbahaya(kerja2 penurapan tar jalan raya di tengah hari yang terik, boleh imagine kan bau tar macam mana..huh), memulakan langkah di pagi hari berbekalkan RM 1 (huhu...Alhamdulillah at least ada jugak), travel to Skudai for 1 day (huhu....) etc...


"Assalamualaikum ..kak, saya nak hantar borang pemohonan."

"Waalaikumussalam...ada bawak x-ray x?"


"hah??takda..abg kaunter smlm tak cakap pape pun psl x-ray. dia suro settlekn dokumen2 je."
(dalam hati: aik, kan baru nak hantar pemohoanan...perlu ke x-ray???)

"eh, kene ada laporan kesihatan...hmmm...takpe la, isi borg ni dulu."..erk..ni borang nak buat kad metrik, aik cepatnya nak kena isi borang ni, baru jer nak mohon kot..huh

masih teragak nak isi borang tersebut, kakak kaunter tadi dok ke sana sini kelam kabut masuk bilik sana sini. katanya pegawai yang berkenaan cuti. then, baru la kakak kaunter tadi teliti balik borang pemohonan yang dihantar.

"laa...awak nak buat pemohonan baru ker."

"a'ah ye la kak, kan saya dah cakap tadi nak hantar borang pemohonan."

"akak ingat awak nak daftar tadi. dah tak payah isi borang ni." sambil amek balik borang buat kad metrik. naseb tak isi lagi...

"kenapa tak mohon online jer?"

"dah try, tapi tak boleh pun. tak da pun button nak daftar online. jadi saya hantar la cara manual."

"ohh, awak kena login daftar dulu kat website postgraduate. nanti sume boleh buat online."

"abes tu borang pengadil pun boleh buat online ke. bukan kene cop pengadil ke."

"oh, tu nanti pihak kita yang akan hantar borang tu kat dia. kita akan tanya dulu setuju tak nak jadi pengadil kamu. kalau dia setuju nanti dia isi la borang tu secara online dan direct sent kat kami."

"ooohh..yeke..." Oh nampaknya kerja yang sudah dipermudahkan telah dibuat secara bersusah payah dan terjadilah kisah travel to skudai for 1 day...

"takpelah, terima kasih...susah2 jer awak hantar borang kat kami. nanti kami cek, kalu ada pape nanti kami emel or call."

"hehe..terima kasih kak."

itulah, sape suroh tak tanya betul2 kat kaunter grad school tu. main redah jer.. tapi xpe, walaupun terpaksa travel ke skudai for 1 days semata-mata sebab borang pengadil tu (Oh Dr. K, thanks a lot), Alhamdulillah, banyak hikmah yang tersingkap. antaranya:

1. sebenarnya memang nak sangat lawat nurul fazrena kamal. memang sebenarnya sangat berharap Dr. K respond pasal jadi pengadil 2. Alhamdulillah malam Dr. K respond via sms, esoknya terus beli tiket. SV pon bagi cuti dan Alhadulillah, dapat jugak lawat Nurul Fazrena Kamal, Su, Atikah, Iecha, Umi, mama, bunda hasni, cousin bunda, Aunty Jenny, k.sun, k.husna, masdiana=)...Nurul Fazrena dapat 'baby' baru...tapi 'baby' tu sakit...sabar yer Nurul Fazrena. Saya tahu anda kuat & semoga Nurul Fazrena tak mudah patah semangat dengan ujian ni. Sayang Nurul Fazrena(",)

2. teman bunda menenangkan perasaan dengan berjumpa pakar segala pakar di pusat pakar angsana=) sabar yer bunda. Insyaallah saya doakan semoga bunda cepat sembuh. Moga pelangi indah sentiasa menemani kehidupan bunda selepas ini...Ameen...

3. menjadi perkerja over-over time for nyet2 ent. haha walaupun bukan menjadi pekerja nyet2 terbaik seperti k.sun n nyet2 officer, tapi saya tak punch card awal mcm bunda...haha xpe bunda penat=) menangtuk ku hilang bila bos besar yang baik hati mendendangkan lagu dengan penuh perasaan...class gitu aunty(~,^)...hoho banyak sungguh gelak pada malam tersebut..~~

Alhamdulillah, Allah datangkan sebab untuk saya kembali ke utm. Sebenar-benarnya memang nak ke sana. Rindu dengan semua disana. Alhamdulillah, Allah Maha Mengerti perasaan ini=)

Dan sekarang, kembali mencedok ilmu Allah yang cukup banyak. kembali bergelumang dengan journal, buku2 tebal, makmal, air ikan....etc. impian ini sangat tinggi untuk dicapai. Impian saya setinggi bintang di langit. Saya juga tahu saya akan tempuh banyak perkara yang sukar di hadapan nanti. ujian akan datang anytime. Tapi ayah saya berpesan " tak ada jalan mudah untuk berjaya. no shortcut." harapan saya, Sakinah....tolong jangan patah semangat, yakin boleh pada diri sendiri. Yakin kamu tidak keseorangan. Allah sentiasa bersama. Ya Allah, Kau redhailah jalanku ini...Jika ini adalah kehendak dariMu, Kau permudahkanlah jalanku ini Ya Rabb...



kenapa mesti hijau???huhu...

Saturday, November 13, 2010

sebiru hari ini...


dik...
akak tau kamu tengah payah sekarang
kamu rasa sakit kan, sakit diuji
dengan macam-macam perkara
perasaan, persahabatan, akademik, keluarga, amanah...
sakit sebab kita sayang, tapi bila pegang kita rasa kesakitannya
tapi kita tak boleh nak lepaskan
dan tak boleh tak nak amek tahu

dik...
akak faham perasaan kamu
bercampur-campurkan...
kadang-kadang rasa lost...
benar kata2 seseorang, kita akak diuji dengan apa yang kita sayang
kita akan diuji dengan setiap apa yang kita ucapkan
dan sebenarnya, kita sentiasa diuji dik...

dik...
akak percaya kamu antara yang terhebat
kamu antara yang terpilih
Allah telah pilih kamu pada jalan ini
kenapa kamu, kenapa kita...
yer, kita merasakan kita tidak layak
kita merasakan diri yang hina ini
kenapa boleh berada pada jalan ini
diri yang jahil ini
kenapa dipilih untuk memegang amanah itu...
tapi dik...satu perkara
nilaian mata kita dengan nilaian pandangan Allah
bukankah Dia Maha Mengetahui
percaya dan bersangka baiklah dengan Dia
dan Dia tidak pernah meninggalkan kita keseorangan
taktala kita merasakan kita keseorangan...

dik...
akak harap sangat kamu kena kuat
jangan patah semangat
jangan putus asa
masih banyak lagi peringkat yang perlu dilalui
jangan jadikan ujian itu satu bebanan
tapi anggaplah ia suatu anugerah
dan anugerah ini hanya untuk mereka yang cemerlang
cemerlang dalam ujianNya

dik...
pandangan mata manusia ini pelbagai
kita tak dapat nak puaskan hati semua orang
walaupun kita tak dipandang mulia pada pandangan mereka
biarlah kita dipandang mulia dihadapan Allah...

dik...
akak selalu cakap
dan akak memang suka ulang...
jangan bawak lori sampah setiap masa=)
betol dik...bila kita sentiasa bawak sampah setiap masa
sangat tidak menyenangkan, merimaskan...
jadi silalah buang segala 'sampah2' dari dalam hati kita
prasangka2, persepsi2, perasaan2 yang busuk itu
buangkan ia jauh2...

dik...
akak mintak maaf jika selama ini
tidak menjadi kakak yang baik
tidak menjadi kak naqibah yang cemerlang
tidakmenjadi tok wan yang mulia
kerna akak ialah akak yang tidak sempurna
dan kamu2 lah yang menyempurnakan hidup akak

dik...
terima kasih kerana selama ini
telah menjadi adik yang baik
adik yang cemerlang
adik yang comot=)
Alhamdulillah, Allah telah menemukan kita semua
pada jalan yang sukar ini
agar kita saling berpaut-pautan
indahkan ukhwah ini...
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...