Sudah lama sebenarnya tidak berjumpa ayoh lie tapi kesungguhannya untuk pulang menyambut aidilfitri tahun lepas rupanya untuk kali yang terakhir. Memang saya sangat2 teruja bila dapat tahu ayoh lie akan pulang ke Terengganu untuk berhari raya dan akan pulang bersama-sama dengan kami. Saya menyambutnya dengan gembira walaupun keadaannya tidak lagi sama seperti dulu. Tiada lagi gurauan mesra dan lebih banyak mendiamkan diri. Sedih rasanya hati melihat keadaan ayoh lie tapi itulah takdirnya.
Lewat petang 3 Julai 2012, kami sekeluarga dimaklum tentang pemergian ayoh lie. Pemergian buat semala-lamanya. Sebak hati tapi kena kuatkan demi umi. Selepas menghantar ayah, umi, kakak dan adik ke stesen bas bagi menghadiri majlis pengebumian ayoh lie di KL (saya tidak dapat pergi kerna beberapa keadaan yang tidak mengizinkan), ingatan padanya cukup kuat. Sebak, saya sudah kehilangan ayah saudara lagi. Dan agak terkilan sebab tidak dapat menatap wajahnya untuk kali terakhir. Hanya iringan doa dan bacaan Yasin yang dapat saya hadiahkan buatnya. Semoga roh arwah dalam keadaan tenang dan ditempatkan di golongan hamba-hambanya yang soleh.. Al-Fatihah.....