terlalu banyak persoalan mengenai kehidupan dalam hati ini. dan aku sendiri sedang
mencari-cari jawapan disebalik semua pertanyaan. Aku sangka tarbiyah yang aku
terima boleh untuk aku berasa kuat pada setiap langkah. namun, tertipu aku dengan
sangkaan sendiri. rupanya ia permulaan untuk satu perjalanan yang panjang tapi aku
tidak tahu bila titik akhirnya.
ujian demi ujian, dugaan demi dugaan, dengan rasa tertekan, buntu pada jalan mana,
keliru dengan masa depan...oh itu baru permulaan. tapi, dengan semua yang terjadi aku
masih lagi menjalani kehidupan sehingga saat ini. aku masih lagi boleh tersenyum, aku
masih lagi boleh ketawa dan berjenaka, aku masih lagi boleh memeluk umi dan
menyatakan rasa sayangku, ya aku masih lagi melakukan semua itu dengan nikmat
dan kekuatan dari Dia.jadi apalah sangat ujian yang Dia berikan berbanding dengan
segala nikmat yang aku dapat sejak lahir lagi. tapi itulah hati, ia fitrah. rasa sedih tetap
akan hadir. walaupun cuba untuk kuat, walaupun cuba untuk tersenyum.aku tidak
mahu rasa sedih itu terus menerus merantai hati. aku tahu ia akan berakhir walau
aku sendiri tidak pasti bagaimana. aku tahu ada sirna walau tak tahu bilakan ia
akan muncul. dan sehingga aku menunggu saat-saat itu hadir, apa yang aku harapkan
semoga aku diberi kekuatan untuk tetap meyakini janjiNya.
aku cuma mahu menjadi hambaNya.
tiada duka...yang abadi di dunia........
ReplyDeletekuat skin!