Tuesday, December 7, 2010

Dakwah Muharam

Assalamualaikum...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad saw...

Alhamdulillah...hingga kini kita masih lagi bernyawa, dikurniakan nikmat iman dan islam sedangkan di luar sana masih ramai lagi yang leka dan tersesat dalam dunia sendiri. Alhamdulillah Allah masih lagi menempatkan kita dalam jalan perjuangan agamanya, mudah-mudahan kita tidak ditapis Allah menjadi golongan yang tercicir...

Alhamdulillah hari ini sudah masuk 1 Muharam 1432 Hijrah. Kita sudah melangkah ke tahun baru. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, saya ingin mengajak sahabat-sahabat semua mari kita sama-sama muhasabah diri seketika. Cabaran di luar sana semakin hari semakin bertambah, penyesatan manusia semakin hari semakin rancak, kehancuran umat Islam semakin hari semakin parah. Dan apa yang telah kita lakukan selama ini. Ya Allah..terlalu sedikit yang telah saya lakukan.

Sepangjang hari ini, fikiran saya cukup terganggu. Banyak perkara yang bermain di fikiran. Kusut. Saya marah. Saya sedih. Saya kecewa. Saya terkilan. Seorang sahabat yang dahulunya bersama-sama kami berikrar berjanji untuk tetap dalam perjuangan, tapi pada hari ini kami dituduhnya sebagai sesat, dia mula berpaling pada jalan ini. Ya Allah saya takut... Allah menapis untuk mereka yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan dengan pelbagai cara dan keadaan. Saya takut kalau suatu hari nanti saya juga termasuk dalam golongan itu tanpa disedari...Ya Allah..Jauhilah itu dari saya. Sampai sekarang saya masih lagi memikirkan soal ini dan sungguh hati saya sangat tidak aman. Macam-macam perkara bermain dalam fikiran ini.


Semasa menonton cerita 'Dakwah Muharam' tadi, pada pengakhiran cerita tersebut hati saya tiba-tiba terdetik. Mengenai mesej yang ingin disampaikan. Bahawa ramai di luar sana sebenarnya inginkan Islam. Ingin hidup berlandaskan Islam. Tapi sukar untuk masuk kerana pembawakan dakwah yang kadang-kadang tidak kena. Dakwah untuk golongan untapped market. Kita tidak boleh biarkan anak muda terus hanyut dalam dunia mereka. Kita kena kreatif untuk berdakwah dengan mereka. Kadang-kadang kita hanya leka dan senang dengan orang yang sejenis kita(sefikrah). Saya juga asalnya dari untapped market. Tapi Allah telah bukakkan hati saya untuk berada pada jalan yang menuju cintaNya. Itu adalah nikmat yang sangat indah dalam hidup saya. Padahal sebelum ini saya tidak pernah memikirkan soal cinta kepadaNya. Alhamdulillah...syukur Allah telah membukakan hati-hati mereka untuk mengajak saya mencintaiNya. Alhamdulillah Allah temukan saya dengan mereka-mereka itu.

Dan sekarang saya rasa ianya satu tanggungjawab, amanah untuk saya juga mendekati mereka yang sudah jauh tersasar cara hidup Islam. Biar mereka juga merasakan ketenangan bagaikan titisan-titisan embun dingin mengalir dalam hati mereka apabila mendengar keagungan dan kekuasaan Allah. Biar mereka juga ralit dengan cinta Ilahi. Moga dengan keberkatan tahun baru 1432 Hijrah ini, Allah memberikan kita semua kekuatan dalam medan ini. Kemungkaran semakin lama semakin berkuasa. Musuh semakin lama semakin angkuh. Umat Islam semakin lama semakin parah. Tapi bagaimana dengan pertahanan kita. Moga Allah memberikan kita semua petunjuk dan kekuatan. Salam Maal Hijrah.


~Biarlah ujian yang mendatang itu kita anggap sebagai satu rahmat. Ujian Allah itu membuatkan kita berfikir, menjadikan kita tabah, menjadikan kita kuat. Pasti semuanya ada hikmah. Allah itu Maha Hebat. Menjadikan kita kuat dalam ujianNya. Itu rahmat bukan bebanan. Biar kita bahagia dalam ujian dari kita leka dalam kesenangan~


Thursday, December 2, 2010

Mimpi Yg Indah



Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang

Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian

Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian

Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan

Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan

Akan kau saksikan kesulitan ini
PASti berganti kebahagiaan

Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah kau cuba untuk mengerti


~Biarlah impian setinggi bintang di langit, kalau jatuh tersangkut di pohon tinggi, tidak terus tersemban ke tanah...Jangan jatuh pada kegagalan~