Thursday, December 19, 2013

suatu rasa

kerna aku ialah sakinah

sudah-sudahlah kau lari

sampai bila

kau tahu

kembalilah

tolong katakan pada diri

tolong jeritkan kuat-kuat pada hati

sakinah kuat

pasti!


Monday, December 16, 2013

13.12.13 Bintulu

Alhamdulillah...
kali kedua menjejakan kaki ke bumi Sarawak
Bermusafir untuk meraikan penyatuan cinta
Barakallah K. Sunah & pasangan
Moga bahagia hingga ke syurga





Dah alang2 sampai bintulu kan...
maka bermulalah
tracking baju kurung with Violet Biru~

*Taman Negara Similajau  




Puteri gunung santubong melawat tapak..haha~

view point


 Sungai Likas (Awas! ada buaya)

*Pantai Tg. Batu (Pantai Temasya Bintulu)


 Violet Biru dan termenung_mencari cinta (tema: ak nak~haha=P)

*Taman Tumbina (Tumbuhan & Binatang)





 yilek jer pak belang lalu sebelah

self-potrait by vB

*Pasar Utama Bintulu (sebelah je dgn Pasar Tamu Bintulu)

Ikan terubuk masin. Pergghh nyaman rasanya...

 *Kamek madah kitak, kamek dah sampai Bintulu!!! Nyaman tok manok masak kurma & laksa sarawak...hahah*

Wednesday, October 23, 2013

Jeda di jendela

Pada saat kita dihimpit kesusahan
Pada saat kita merasa payah
Pada saat kesedihan 
Pada saat terasa huru haranya jiwa
kita tiada teman di sisi
terasa seperti keseorangan
hilang sudah teman di kala gemilang
membisu suara sokongan dan harapan
Fahamilah... itu takdir Tuhan
supaya kita ini dekat dengan Dia
meletakkan seluruh keyakinan hanya pada-Nya
kerana pada keyakinan itu ada harapan
keyakinan itu sebenanya ialah sebuah bantuan
kembali mencari erti sebenar di sebalik syahadah
Dan...kita tidak pernah pun sendiri!

Monday, August 26, 2013

'Bersama habuk tempeyek bilis'

bersama habuk tempeyek bilis...
jari jemari terus menaip
kemarin genap 25 tahun...
Alhamdulillah... dengan pelbagai suka duka
pahit manis, tenang dan berombak
itu semua nikmat...
perlu diakui, itu semua nikmat
yang perlu disyukuri

pada semua ingatan
pada semua ucapan dan doa
syukran jazilan...
semoga Allah merahmati kalian
hanya Allah dapat membalas
semua kebaikan kalian

dan untuk hari ni
pada usia 25 tahun 1 hari =p
ujian demi ujian terus mendatang
maka wahai sakinah
hadapilah ia sebagai satu nikmat hidup
tenanglah dan terus tersenyum
apalagi yang boleh dibuat...
bersabar sajalah dan jangan mengeluh

untuk segala nikmat 
namun aku masih lagi fakir
dan kerana masih fakir itu la
aku akan terus mengharap
...keampunan...
sehingga kembali bertemu Tuhan

Sunday, July 14, 2013

Saya tak sakit, cuma Allah bagi rehat (^_^)

Alhamdulillah...
Ujian kesihatan awal Ramadhan. Bermula dengan sakit tekak, demam selsema yang teruk, sakit kepala, sakit perut dan hari ni cirit birit dan muntah. Complete! Mungkin la nak dijadikan asbab atas kesemua sakit itu bermula dari kerja2 isolation of bacteria (final part of msc projek). Yer la, engineering student nak masuk bab microbiology field memang la kelam kabut (ke huru-hara). Dan atas sebab itu mungkin bakteria tercemar yang sangat disayangi (pfff...) itu telah menyerang diri sendiri. Apakah ini? melawan tuan nampak...
Tapi sebenarnya ada hikmah jugak, sebab xdapat masuk lab dan lebih banyak masa di rumah. Cantikkan aturan Tuhan. (^_^)

Bulan Ramadhan, bulan ibadah, bulan Al-Quran. Dan bulan ni jugak la banyak kerja nak kene buat. Nak habiskan kerja2 bacteria identification, nak kena submit full paper untuk CESE lagi, thesis lagi...xkan nak biarkan bulan yang penuh berkat ni disibukkan dgn benda2 camtu? apakah? ruginya...tak2, insyaallah cuba yang terbaek untuk akhirat dan dunia. Insyaallah boleh.

Dan akhir Ramadhan nanti insyallah akan berbakti menjadi babysitter..semua sebab budak bambam ni. Jaga diri sendiri tak boleh ke??? buat la susu sendiri, basuh berak sendiri, pergi mandi sendiri... dah besar kan? che' na nak buat kueh  raya la.. Alahai Wan Qatrunnada Camellia~
saya ok, saya dah besar...hmmm ke laut~

Thursday, June 6, 2013

Jangan la buat susah der~

Ada suatu kisah
kisah persahabatan diantara dua orang insan
mereka berkenalan sejak zaman persekolahan lagi
mula berkenalan di dalam kelas mengaji al-Quran

Takdir Allah yang Maha Esa
mereka menyambung pengajian di institusi penganjian tinggi yang sama
walaupun berlainan kursus dan tahun pengajian
mereka tetap saling berhubungan dan bertanya khabar
walaupun masing-masing semakin sibuk dengan pengajian
tapi ada kalanya mereka masih sempat bertanya khabar
masih sempat beriftar, masih sempat keluar ke taman
mendengar cerita duka
masih sempat ber'ym', ber'sms'
masih lagi sempat berkongsi cerita dan rasa
gembira, bahagia, sedih, stress...

Dan akhirnya mereka berjauhan
demi tuntutan kerja dan keluarga
walaupun jauh dan jarang2 sudah berhubungan
tapi adakalanya masih lagi sempat bertanya khabar
lewat sms atau mukabuku

Tiba-tiba suatu hari,
sahabat ini mendapat khabar
sahabatnya itu sudah bernikah
hati sahabat ini sedikit terusik
kenapa tidak dibagitau awal
tetapi alasan yang diberikan kerana sibuk
dan tidak sempat bercerita mengenai pernikahan tersebut
lebih membuatkan hati sahabat ini terasa
sibuk sangatkah walau untuk sekadar menhantar mesej?
susah hati sahabat ini
memikirkan betapa dia sangat terasa dengan sahabatnya itu
berhari-hari dia menjeruk rasa
dia cuba untuk melupakan rasa hati itu
namun entah kenapa hatinya menjadi begitu sedih

akhirnya...
sahabat ini memutuskan
untuk terus bersahabat dengan sahabatnya itu
mudahkah melupakan rasa hati???
sahabat ini hanya tersenyum...
sahabat ini berfikir
selama ini Tuhan telah memberikan dia peluang
merasai pelbagai nikmat di dunia ini
merasai pelbagai rasa
yang walaupun kadangkala membuatkan dia tersenyum kegembiraan
dan ada kalanya 'tersenyum' kesedihan=)
dan atas segala nikmat yang Tuhan berikan ini
adakalanya juga dia terlupa dan terlalai kepada pemberi nikmat
dek kerana sibuk dengan nikmat dunia...
namun Tuhan saaaangat baik
sangat Maha Penyayang
masih lagi memberikan dia dengan pelbagai nikmat
Dia masih ada dan sentiasa ada untuk mendengar luahan rasa
Dia masih lagi sentiasa melindungi
masih dan masih ada...

Tuhan tidak pernah meninggalkan kita
sentiasaaaaa dekat dengan kita
harta, pangkat, keluarga, sahabat, insan tersayang
bisa-bisa saja menjadi tiada untuk kita
bila kita memerlukan
tapi Tuhan masih tetap ada

Jadi sahabat ini
memilih untuk tidak menyusahkan hatinya
dengan rasa hati itu
mungkin sahaja sahabatnya itu memang benar2 sibuk
atau apa sahaja sebabnya
itu sudah bukan perkara yang penting buat sahabat ini
apa yang penting dan menjadi kewajiban seorang sahabat
ialah mendoakan kebahagian sahabatnya
mendoakan keberkatan rumah tangga sahabatnya
semoga dengan kesabaran ini
bisa memudahkan jalan ke syurga...


p/s: ianya sekadar sebuah kisah~




Tuesday, June 4, 2013

Forgive and forget...so easy~

Ruang kosong...
cuba diisi
dengan harta
tapi harta akan habis
dengan pangkat dan kemegahan
tapi tak kekal
dengan pasangan yang disayangi
samada ditinggalkan atau kita yang akan meninggalkan mereka
dengan menyakiti orang lain
lagi la hidup tak bahagia der
atau membiarkan ia terus kosong
sunyi...sepi...nothing...

Langkah terus diatur
berjalan dan memerhati
merenung dan tersenyum
geleng-geleng kepala
apakah? dunia ini?
tunduk membisu
dan air mata tumpah jua
menangis...

taktala ini
terasa nikmatnya ujian
nikmatnya rasa sakit
nikmatnya sebuah kesusahan
nikmatnya mengadu, menangis...
hanya padaNya
the Only ONE
yang tak pernah hilang
yang selalu ada
yang tak pernah lupa
yang sangat memahami
ALLAH...

Dalam perjalanan ini
kadang-kadang harus banyak kali u-turn
untuk mengisi ruang kosong
ruang yang hanya untuk Ilahi...

aku kuat ker?
senyum je laa...

***anyone please...
      i need advise
      true advise
      i just want to forgive and forget

Wednesday, May 29, 2013

Jurnal Kehidupan

menjadi seperti 'sangkar burung' atau 'kandang binatang ternakan'
apabila mendengar paluan rebana, jika kita dari jenis burung terbang tinggi
maka teruslah terbang tinggi hingga menduduki kemuncak menara syurga...
wal'iyazubillah, jika kita termasuk dari jenis binatang ternakan,

'Mereka itu bagaikan binatang ternakan,
malah mereka lebih sesat lagi' (Al-A'raf: 179)

sudah pasti permindahan kita dari sudut rumah itu
tidak lagi selamat bahkan terus terjunam ke dasar neraka....
.
.
.
.
.
Ini sekadar perumpamaan, kata-kata dari Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.
Dunia ini, terlalu banyak yang kita fikirkan yang kita risaukan...
Akhirat??? Mati? Bekalan???
Malunya kita dihadapan Tuhan
Merasa megah dan yakin dengan ilmu pengetahuan
tapi amalan? apa gunanya ilmu..???
terpedaya lagi rupanya...
hinanya kita...masih di taraf binatang ternakan...



Friday, March 15, 2013

Bersyukur Saat Diuji

selesai...Alhamdulillah(^_^)

seringkali kita rasa kita diuji taktala kita merasa kehilangan, kesedihan, kesusahan, kesengsaraan, kesakitan dan yang sinonim dengannya. Dan perkara-perkara sebeginilah yang selalu membuatkan kita ingat padaNya=)

lupa kita dengan kesenangan, kegembiraan, kemewahan, juga sebenarnya ujian yang besar. Perkara-perkara sebegini yang selalunya membuatkan kita lupa dan leka yang sebenarnya kita sedang diuji.

jadi berutunglah bagi mereka yang selalu diuji dan mereka bersolat dan bersabar.

mereka sedar mereka sedang diuji dan mengambil pelajaran dari peringatan tersebut.

kehidupan ini memang penuh ujian dan ujian terakhir ialah ujian kematian.
bersediakah kita??? Allahurabbi...

~Ujian adalah 'Anugerah'~

p/s: Terima kasih buat Nurul Fazrena Kamal dan Mama Nurul 'Uyun Ahmad yang memperkenalkan buku ini. Sudah lama mencari tapi aturan Allah cukup cantik! Ditemukan saya dengan buku ini pada masa yang saya kira sangat tepat. Semoga Allah merahmati penulis buku ini. Ini kisah beliau tapi kesediaannya untuk berkongsi secara ikhlas dari hati amat menyentuh hati. Persepsi dan cara pandang pada suatu yang dikatakan 'ujian' itu sangat berbeza. Sekiranya sekarang kita rasa kita sedang diuji, maka tersenyumlah (^_^)


Sunday, March 3, 2013

Sangat-sangat sayang!

hmmmm....memang la saya tak pernah cakap depan2
tapi kan...hari ni kan....waaa..sebak kot
terasa kan macam dah banyak sangat bebankan dia
dah banyak sangat susahkan hati dia
dah banyak sangat bagi dia masalah
ok...memang la kan...
Ya Allah..tak tau dah rasa camna
saya memang bukan jenis bercerita masalah
saya selalu fikir ok saya boleh selesaikan sendiri
saya xnak susahkan orang lain sebab masalah saya
tapi kan sampai satu tahap
dah xtau nak fikir jalan apa lagi
dan buntu giler
tetiba Allah tunjukkan jalan
yang tak disangka-sangka
sungguhlah...kata-kata dari ibu ayah itu sangat menenangkan
hati anak yang macam kena ribut taufan
Ya Allah, Berkatilah kedua ibu bapaku
limpahkan rahmat dan kasih sayangMu kepada mereka
kerna aku sangat sayangkan mereka...
sangat-sangat...sayang ayoh & mie...
ok xleh nak tulis dah..mata dah kabur.....

Thursday, February 28, 2013

Aku akan terus tersenyum...

untuk banyak sebab
kita harus terus bergerak
kita harus terus berharap
tanpa kalah, tanpa lelah

biar mereka
terus permain-mainkan
fikir diri tiada punya perasaan
fikir diri tiada berfikir

aku akan terus perhatikan
sambil tersenyum dan merenung
sambil ketawa dan diam menyepi
ahh... itu hanya sebuah kebodohan 

aku....
tidak pernah akan berhenti
yer..mungkin aku pernah jatuh
tapi bangkit dengan perbagai matlamat
selagi Tuhan beri aku nyawa

sangat-sangat pasti
kebenaran akan menang
untuk suatu masa
yang hanya Tuhan yang tahu

Tuhan...
tolong beri aku kekuatan
beri aku kesabaran
untuk takdir yang telah Kau tentukan...



Saturday, February 2, 2013

Jangan sedih...

~senyum lebar-lebar~
Alhamdulillah..ujian demi ujian...
sesuatu yang sangat tidak disangka
tapi itulah takdirnya
but i need to keep moving
doa aku supaya Allah bagi aku kekuatan
bagi aku kesabaran
Insyaallah...ada hikmahnya
pasti ada hikmah..

p/s: pada tangan yang mana harus aku berpegang dan berpaut untuk aku cuba cari kekuatan dan terus melangkah. Insyaallah sabar dan pasti ada hikmah. ok...mata rasa panas lagi.. 


Saturday, January 5, 2013

Sekali jer~

Hanya sekali jer...
Sekali jer Tuhan bagi kita hidup
Hanya satu nyawa
Bukan macam main game tembak2
Yang kita bole reload2 or guna talian ayat bagai
Dan perjalanan hidup kita atas dunia ni sekali jer
Takdanya dua kali
Lepas perjalanan kita atas dunia ni ialah akhirat
hah..yang kat situlah yang kita akan kekal abadi

Jadinya... disebabkan kita ada sekali jer 
Patut ke kita enjoy giler2 sebab hidup sekali jer?
Sebab lepas tu kan kita kena masuk dunia abadi
Dalam dunia abadi ada 'bilik sejuk' dan 'bilik panas'
Kalau enjoy giler2 sakan masa kite hidup kt dunia yang sekali ni jer
Tak ke macam tempah 'bilik panas' masa kat dunia abadi...

Jadinya... macam mana sepatutnya
kita buat untuk sekali ni jer hidup atas dunia?
Confirm2 masa hidup atas dunia ni
Ada masa kita gumbira2
Dan pasti ada masa kita bersedih duka
Mestilah kita suka yang moment suka2 gumbira2 tu kan
Tapi kenapa Tuhan bagi kita bersedih duka juga
untuk kehidupan dunia yang sekali ni jer?
Untuk apa? 

Cuba kita fikir dalam lagi
Bayangkan ea... kalau di sepanjang hidup kita di dunia ni
Tuhan bagi moment yang best2 jer...suka2...gumbira2
Apa yang kita nak semua mudah nak dapat
Nak jadi pandai...mudah
Nak dapat terbaek dalam keputusan peperiksaan...mudah
Nak sambung pengajian yang lebih tinggi, di universiti terbaek, dalam bidang yang gempak...mudah
Nak perkerjaan yang glamor, gaji perghhhh...mudah
Pastu nak dapat pasangan cun, yang memang sayang kat kita...mudah jugak...
Biasanya inilah yang kita nak dalam hidup kan..
Tapi best ke kalau semua mudah dapat
Kita akan bersyukur ke dengan semua ni?
Ke kita akan jadi orang yang bongkak dan sombong 
Berjalan atas bumi yang bukan ciptaan kita

Sombong bukan pakaian kita
Ia sifat Tuhan Pencipta kita
Pastu kita pulak nak berlagak sombong dengan semua nikmat
Yang confirm2 Tuhan kita jugak yang bagi
Jadi macam mana jugak la kita nak jadi hamba yang bersyukur?
Macam tak sesuai pulak kan sombong dan bersyukur boleh duduk sekali

Okay cer kita bandingkan ea
1. Gumbira selepas gumbira
2. Gumbira selepas berduka
antara gumbira 1 dan 2, yang mana agaknya2 yang kita rasa lebih gumbira
yang kita rasa lebih nikmat yang sampai....hah macam nak menangis
yang kita akan lebih rasa Ya Allah bersyukurnya
hmmm okay, biar hati yang jawab...hati yang paling dalam
suasana yang hening, tenteram dan tenang
cer kita duduk dan merenung sekejap
Tuhan bagi kesusahan bukan untuk bebankan kita..betul tak?
Tuhan bagi ujian yang kita rasa susah sangat, sedih sangat juga bukan saja2... 
Tak ke kita rasa dengan ujian-ujian inilah mematangkan fikiran kita
Yang kita rasa sangat menghargai apa yang ada di sekeliling kita
Yang membuka sudut pandangan kita yang berbeza
Atau mungkin juga yang menjadi benteng untuk kita tidak lupa siapa kita
Untuk kita tidak berjalan dengan sombong dan bongkak
Eh..sekejap..banyakkan hikmah di sebalik semua kesusahan ini?
Bukan ke ini membantu kita untuk menyelusuri kehidupan di dunia yang sekali ni jer?

Maka, kesusahan itu...ujian itu...
Bukan ke satu anugerah? 
Ok..senyum (^_^)..dan...mari kita mulakan hidup
Tuhan masih lagi beri kita peluang untuk... sekali ni jer~