Sunday, September 30, 2012

Banyak yg memudaratkan

hoh....ingat bela bugs banyak2 itu bagos...rupanya masalah laen pulak yang aku p create.
xpela bukankah itu satu pengetahuan yang bagos...haha (positif2...)
my assumption, xpela bela bugs banyak2, nti mesti sgt effective nutrients removal..but, i'm get wrong. bela bugs banyak2 rupannya terbela sudey bugs laen yg memudaratkan result aku...adoi..macam mana..nak buat apa? adakah aku kena increasekan lagi treatment period? owh tggal brape bulan je lagi....haila...haila

haippp...ko bukan blajar sebab nak grad kan...ko ckp dulu nak balaja sebab nak ilmu pengetahuan. so?????
kenape yang dok risau sgt? put everything to ALLAH and i'm must keep trying and trying and trying.... please pray for me.

Monday, September 17, 2012

Usri diantara dua yusran~

ada sebuah syair, yang dihafal Hamka dari gurunya Ahmad Rasyid;

Apabila bala bencana  telah bersangatan menimpamu,
Fikirkan segera Surat Alam Nasyrah,
'Usrun terjepit di antara dua yusran',
Kalau itu telah engkau fikiran, nescaya engkau akan gembira.

~kesusahan (al-usri) yang tersepit di antara dua kemudahan (yusran).
dan begitulah cara guru Hamka mengajarnya menghiburkan hati taktala di landa musibah atau kesusahan. Cuba baca syair di atas berulang-ulang kali, akhirnya.....tersenyum(^_^)

"sesungguhan bersama kesusahan itu ada kemudahan" (Al-Insyirah 94: 5-6)

Saturday, September 15, 2012

Cuba untuk senyum

Ada dua perkara yang perlu dibezakan:
1)      Masalah
2)      Tindak balas terhadap masalah

Semestinya yang pertama tersebut, kita tidak mampu mengubah mahupun menahan masalah daripada terjadi kerna itu memang sudah ditakdirkan. Misalnya kemalangan/kematiaan orang yang disayangi. Mana mungkin kita mampu menahan perkara itu dari terjadi kerana itu sudah ditentukanNya. Namun, perkara yang kedua yang lebih penting dan utama iaitu bagaimana kita bertindak balas dengan masalah tersebut. Yang pertama sememangnya di luar kawalan kita tetapi yang kedua kita mampu memilih dan mengawal tindak balas yang mana yang sepatutnya. Bertindak balas positif atau bertindak balas negative? Tindak balas ini merupakan tanggungjawab kita sepenuhnya samada untuk melayan masalah dengan kesedihan berlebihan, kemarahan dan sehingga membawa putus asa atau bersabar. Apa yang dikatakan bersabar ialah tidak mengeluh dengan kesusahan yang dihadapi dan dia akan bisa menahan diri dari kesediahan yang berlebihan, kemarahan dan dendam, rasa tidak puas hati sehingga membawa kepada sikap yang berputus asa. Sesungguhnya sabar itu lawan kepada sikap negative yang mempu mengurangkan tekanan dan beban dari pemasalah hidup dan meneutralkan keaadaan negative masalah.

~jadi sebenarnya, walau besar mana pemasalahan hidup kita, tanggungjawab kita untuk memandang ia sebagai sesuatu yang indah atau beban derita. Kita boleh memilih untuk bahagia kan? Tersenyumlah(^_^)
~kadang memang senang untuk berbicara tapi payahnya untuk melakukan. Tapi tak salah untuk cuba menjadi positif. Cuba menukar sudut pandang kita kepada pemasalahan.
~kita boleh memilih untuk hidup bahagia. maka, SENYUMLAH wahai diri (^_^)

*diinspirasikan dari buku 'Senyumlah' tulisan Syed Alwi Alatas.

Tuesday, September 11, 2012

kusut~

Haila...haila...haila...
dah semester 4...huhu tak dapat lg nak sembunyikan kekusutan ini
ok...tarik nafas...tenang...arghhh..tak mampu.
i need my best friend. My.best.friend.yang.sentiasa.memahami.dan.aku.tak.payah.cerita.itu.ini.penat...
~book...yes i need book~