Tuesday, October 26, 2010

...sakit...

Saya tidak sedar bila ia bercambah dalam diri ini.
dan apabila saya sedar ianya sudah tumbuh subur
tapi tumbuhnya ia sangat tidak dialu-alukan
tumbuhnya ia membawa derita
tumbuhnya ia amat berbahaya
saya perlu ubati diri ini dengan segera.
Ya Allah...sakitnya diri ini
ku mohon padaMu
berilah petunjuk sebagai penawar sakitku ini
aku mahu sihat Ya Allah
impianku masih belum terlaksana
aku mahu sihat...

Sunday, October 24, 2010

Melayu

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
jika pantang menghalang kemajuan
jangan segan menentang larangan
jika yakin kepada kebenaran
jangan malu mengucapkan keyakinan
jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
memegang tali memegang timba
memiliki ekonomi mencipta budaya
menjadi tuan di negara Merdeka

~Melayu~
Usman Awang

Saturday, October 23, 2010

isteri seorang pemimpin negara....

"The IFF main mission is to capitalise on fashion as a platform to bring together designers and fashion enthusiasts of different cultures, religious backgrounds and race. It is also aimed at making Muslims to accept Islamic wear with a varied choice of styles."
"Contrary to the common belief that fashion and Islam are incongruous; I would like to reiterate that Islamic clothing, especially for women can still be fashionable, contemporary and stylish whilst fulfilling Islamic requirement for conservative core and modesty."




Petikan di atas telah diambil daripada teks ucapan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor semasa perasmian IFF. Beliau juga merupakan penaung penganjuran IFF ini.
sumber dari web rasmi Datin Rosmah : http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/_view_speech.php?submission_id=223

Dada rasa sangat terbakar membaca ucapan tersebut. Sangat menyeleweng dari ajaran Islam. Sanggup menggadai maruah agama untuk kepentingan dunia. Dan yang sangat mengecewakan, beliau adalah isteri pemimpin negara, dan lagi2 kecewa pemimpin negara hanya duduk senyap membisu di sebelah. Bertambah kecewa, barisan-barisan menteri juga diam membisu. Jadi siapa yang mahu membela agama Islam yang dihina oleh isteri pemimpin negara ini??? Tepuk dada tanya iman...

Thursday, October 21, 2010

Masih mahu mereka lagi???

sumber dari: http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/10/memo-taubat-buat-rosmah.html

1. Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih - lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .
2. Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato' Raja Rezza Shah sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ] .

3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian .

4. Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan . Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya , sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31

[ Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya .
Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya , bapanya , bapa suaminya , anaknya , anak suaminya , saudaranya , anak saudaranya yang lelaki , anak saudaranya yang perempuan , perempuan muslimah , hamba sahayanya , orang - orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan , atau kanak - kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan .
Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi . Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang - orang yang beriman mudah - mudahan kamu beroleh kejayaan . ]

5. Datin Seri Rosmah telah diberikan peluang oleh Allah swt menjadi orang penting dan berpengaruh dalam negara ini . Suami Datin Seri adalah orang bertanggungjawab memimpin negara sebagai Perdana Menteri . Malang jika kedudukan yang dimiliki itu membawa Datin Seri jauh daripada Allah swt . apalagi secara terbuka menentang syariat Allah swt.

6. Baru - baru ini Datin Seri Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin Seri . Kini Datin Seri memiliki segalanya selain suami , iaitu harta dan takhta . Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini .

7. Namun kuasa bukanlah tiket untuk Datin Seri berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa . Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin Seri . Allah swt berhak dan mampu pada bila - bila masa sahaja menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur .

8. Datin Seri Rosmah boleh memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan dan kemewahan yang dimiliki , tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam ? dan pula menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas .

9. Tindakan Datin Seri Rosmah cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang perihatin . Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara ini , kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar - benar memartabatkan Islam. Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam . Jika Datin Seri keliru , bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya , Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama' Muda yang baru - baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti yang dipimpin oleh suami Datin Seri .
10. Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini . Saya bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh - musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka . Namun saya harap tidak begitu , sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung .

11. Biarpun Datin Seri kelihatan masih sihat , muda , kaya dan berharta , namun suka saya mengingatkan kata - kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa mati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua . Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua .

12. Datin Seri berdepan dengan amanah ummah . Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla.
Pertama , janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus menaungi program mungkar seperti penganjuran islamic Fashion Show yang menghina Islam dan mengelirukan ummah .

Kedua , melalui PERMATA yang dipimpin oleh Datin Seri , setelah memiliki peruntukan sedemikian banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ] , mengatasi peruntukkan Sekolah Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain , Datin Seri sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama , negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar yang rata - ratanya tidak bernasib baik kerana faktor kemiskinan .

Juga membantu ibu tunggal dan anak - anak yatim di seluruh negara tanp a mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu . Jadilah ibu kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan kenamaan . Rendahkan sayap unt uk turun bersama rakyat , bukan hanya singgah dan berpaut di istana hinggap .



13. Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat yang saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini , saya harap Datin Seri tidak marah kepada saya . Justeru saya hanya menyeru agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam dengan melaksanakan suruhan Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas kesalahan lsilam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah swt .

14. Bicara atau Memo Taubat yang saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri berbanding bisikan - bisikan para penasihat istana Datin Seri yang senantiasa mengampu dan memuji . Percayalah , kata - kata itu bukan kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri dan semakin angkuh di puncak bumi .

15. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku .

ditulis oleh :
Nasrudin Hassan at Tantawi


I'm not perfect...still learning and always until the end of my life

Membaca emel dari seorang sahabat. saya sungguh terharu dengan keprihatinan beliau. ya, beliau seperti sebelumnya, sangat alert dengan sahabat2 dan sentiasa memberi peringatan walaupun kadangkala mendapat respond yang negatif. tapi itulah yang dinamakan sahabat. walaupun pahit, tapi beliau tetap nyatakan apa yang terpendam di dalam hati.

Setelah membaca pandangan dan rasa hati beliau:

1) saya sgt terharu dan bersyukur Allah kuniakan sahabat yang sentiasa saling mengingati
2) rasa sayang saya pada sahabat2, sukar untuk diluahkan dengan kata2 kerna ia sgt mendalam
3) saya sangat tidak senang hati kerna mungkin ada sahabat2 saya yang msh leka di luar sana

Isu yg dibangkitkan ialah mengenai ikhtilat. ya, saya bukanlah ahli untuk memberi pandangan yg pjg lebar tapi tertarik untuk berkongsi rasa hati yang telah sekian lama terpendam. mungkin ada dikalangan kita yg merasakan isu ini sudah, perkara kecil, banyak lain yg lbh pntg, isu xserius atau apa sekalipun tapi tidak salah bukan untuk kita saling mengingati.

Sahabat saya itu telah mengingatkan saya pada sebuah kem. kem yang bagi saya telah menanamkan rasa kasih sayang pada sahabat2 yg sgt mendalam. sayang yang mengikat kita sentiasa berada dijalan dakwah. sayang yang membuatkan kita rasa untuk saling mengingati sahabat2. sayang yang merantai hati kita untuk tetap teguh dengan keimanan. sayang yang....Ya Allah, begitu sukar untuk saya huraikan makna sayang itu. Dan atas sebab sayang itulah saya menulis disini.
Saya minta maaf, tetapi apa yg dilihat dgn kecanggihan teknologi dan kemudahan yang semakin pantas untuk kita menzahirkan, meluahkan dan mempamerkan apa sahaja. ya, kita begitu mudah sekali untuk m'coment' status, photo, video etc. like sana sini...tapi sahabat2, cuba kite renungi kembali. ana sgt risaukan fitnah kpd shbt2. setiap apa yg dilakukan di facebook, umum akan menelitinya@mentafsirnya. Ya, kita bukan perfect tapi xsalah kan kalau kita cuba menghampiri sesuatu kebaikan yg mengurangkan fitnah kepada ISLAM.

Saya yg sudah memiliki facebook utk beberapa bulan ini, saya xtau sudah berapa banyak kah dosa dan fitnah yang terkumpul. Ya Rabbi...

HARAPAN: satu perkara yang sentiasa saya harapkan, sesudah saya memberitahu sahabat2 akan kewujudan saya dalam dunia blog @ facebook, saya mohon yang teramat2 sangat...tegurlah..tegurlah saya jika saya menulis @ mengupload @ atau apa2 shj yang tidak sepatutnya. saya insan yang lemah yang kadangkala terikut rasa hati tanpa sedar @ tidak telah melanggar batasan maka TEGURLAH.

Kata-kata Saad b Abi Waqqas RA kepada Salman Al-Farisi RA ketika penaklukan Iwan Khusraw:

"Sekiranya dalam pasukan ini tidak terdapat orang yang suka melanggar atau berbuat dosa, nescaya kebaikan pasti akan menang."


Monday, October 18, 2010

Resah

"Bila kamu resah, pergilah ke majlis ilmu.
Jika keresahan itu masih mendakap kamu, bacalah al-Quran.
Jika keresahan tetap belum hilang, maka kamu bersunyi-sunyilah di malam hari,
adukan rasa hatimu kepada Tuhan.
Jika masih lagi resah,
doakan kepada Allah swt
agar ditukar hati kamu kepada hati yang lain."
-Ibnu Mas'ud RA-

Allah telah mentakdir yang terbaik untuk kita. Tapi kenapa hati ini masih resah memikirkan banyak hal yang belum pasti...Oh sangat tidak suka dengan perasaan ini.

Wednesday, October 13, 2010

Ms. Luv

2004: benarkan aku berada di sini? macam mana aku boleh berada di sini... tanpa kawan-kawan yang aku kenali..ohh.. dan di saat itu kau hulurkan tangan menjalinkn ukhwah denganku. Kau terus menyapaku yang hampir setiap malam kebingunan tidak percaya aku kini tinggal di asrama dgn ketakutan & kebimbangan. Terasa keseorangan kerna dulu aku bukanlah seorang yang peramah. Namun kau tiupkan aku semangat untuk terus berjuang bersama-sama di maktab terhebat ini. Dan kau juga sahabat, mengajarku mencintai al-Quran dan surau.

2006: Sungguh Allah itu Maha Berkuasa. Dia menemukan aku dan dia kembali di universiti tarbiyyah. Dan seperti dahulunya, di mana ada aku disitu ada dia sahabatku. Kami berjuang bersama dengan penuh kepayahan untuk mendapatkan tempat rasmi di universiti tarbiyyah itu. Kita berpisah kerna masing2 mempunyai minat dan cita2 yang berbeza. Namun aku dan dia sahabatku masih setia bersama berkongsi cerita mahupun masalah.

2010: Dan kini kita terpisah lagi. Aku dengan haluanku dan kau dengan haluanmu. Kita sudah jarang bertemu, jarang sudah berbual panjang, namun kau masih lagi tetap di hatiku walau sejarang mana pun kita berhubung. kerna...kau sahabatku yang telah mencoretkan sesuatu di dalam hatiku...ukhwah fillah abadan abada


*kasih sayang seorang sahabat. Terima kasih kerna Kau kurniakan dia menjadi sahabatku*


sahabat...
dalam hati kita
ada sebuah taman
taman itu dipenuhi
dengan bunga-bunga indah
lagi harum baunya
siramilah ia
bajailah ia
dengan alunan suci al-quran
dan zikirullah yang menenangkan jiwa
dan pada taman itu juga
terdapat sebuah lukisan
yang mengandungi perlbagai corak
ada yang indah dan ada yang comot
ketahuilah sahabatku
aku ingin sekali memadamkan
corak yang comot itu
kerna ia lukisan darimu
yang tidak menyenangkan hatiku
dan ketahuilah juga sahabatku
aku ingin kekalkan corak nan indah itu
kerna ia hasil darimu
yang menyenangkan hatiku
yang menyuburkan kasih sayangku padamu
yang menguatkan ikatan ukhwah kita
dan hanya itu yang mahu aku ingati
aku bersahabat denganmu
kerana Allah swt...

with luv to Ms. Luv from Ms. CK

Thursday, October 7, 2010

which way?

jalan mana harus ku lalui
begitu sukar membuat keputusan
antara impian dan pengorbanan
mengikut rasa hati tapi membuat yang lain terasa hati
meninggalkan mereka namun sakinahkah hatiku nanti
mungkin terpaksa kukorbankan seketika cita-cita
mungkin aku perlu meninggalkan sebentar mereka
Ya Allah aku mohon petunjukMu
agar pilihanku ini adalah yang terbaik dariMu
aku tidak memiliki apa-apa
melainkan dengan apa yang Kau kurniakan
tolong lenyapkan ketakutan & kebimbangan ini
aku ingin menyerahkan segalanya padaMu
kuatkan hatiku Ya Allah*my dream*

"semut pergi ke kedai..ulat pun ikut..gajah pun ikut"
p/s: tiba2 teringatkn beliau yg mengajarkn lagu itu...time kaseh..adik gunakan bila umi mintak adik gosok2 tangannya yang sakit. xigt lirik penuh jadi adik buat lirik sndrik=D

Monday, October 4, 2010

hati saya & hati kamu

Suatu perjalanan jauh yang telah mencorakkan perbagai rupa dan warna pada hati ini. Tapi walau bagaimana pun anda simbahi pada hati ini, ia masih tetap setia menjalankan tugasnya seperti yang dititahkan oleh Tuhannya. Tanpa jemu, dan tanpa mengeluh. Sehingga sampai suatu masa kelak, ia akan berhenti seperti yang tertulis pada takdirnya. Bila ia akan berhenti? Dan bagaimana keadaannya?

Hati saya & hati kamu adalah hamba kepada Tuhan yang satu. Maka pautlah ia dengan jalinan ukhwah yang suci agar hati saya & hati kamu dapat berdiri teguh menjalankan perintah yang Maha Esa. Ikatkan hati-hati kita dengan ikatan akidah yang benar agar kita dapat menyentuh hati-hati yang lain dengan titisan ayat-ayat dari kitab suci al-Quran dan as-sunnah bak air dingin yang mengalir nyaman dalam hati kita.Allah merpertemukan kita dalam satu ikatan ukhwah yang murni, dalam halaqah ilmu, dalam medan perjuangan kebenaran, dan dalam sebuah universiti tarbiyyah. Ia nikmat yang besar, cukup besar. Dan ia kekal dalam hati-hati kita semua...
Amin Ya Rabb...Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar...



p/s: hadiah convocation buat diri sendiri..TAHNIAH ms. ck... ops..anda belum abes lagi..perjalanan baru bermula.