Sunday, December 16, 2012

Ia akan berakhir...



terlalu banyak persoalan mengenai kehidupan dalam hati ini. dan aku sendiri sedang
mencari-cari jawapan disebalik semua pertanyaan. Aku sangka tarbiyah yang aku
terima boleh untuk aku berasa kuat pada setiap langkah. namun, tertipu aku dengan
sangkaan sendiri. rupanya ia permulaan untuk satu perjalanan yang panjang tapi aku
tidak tahu bila titik akhirnya.

ujian demi ujian, dugaan demi dugaan, dengan rasa tertekan, buntu pada jalan mana, 
keliru dengan masa depan...oh itu baru permulaan. tapi, dengan semua yang terjadi aku 
masih lagi menjalani kehidupan sehingga saat iniaku masih lagi boleh tersenyum, aku 
masih lagi boleh ketawa dan berjenaka, aku masih lagi boleh memeluk umi dan 
menyatakan rasa sayangku, ya aku masih lagi melakukan semua itu dengan nikmat 
dan kekuatan dari Dia.jadi apalah sangat ujian yang Dia berikan berbanding dengan 
segala nikmat yang aku dapat sejak lahir lagi. tapi itulah hati, ia fitrah. rasa sedih tetap 
akan hadir. walaupun cuba untuk kuat, walaupun cuba untuk tersenyum.aku tidak 
mahu rasa sedih itu terus menerus merantai hatiaku tahu ia akan berakhir walau 
aku sendiri tidak pasti bagaimana. aku tahu ada sirna walau tak tahu bilakan ia 
akan muncul. dan sehingga aku menunggu saat-saat itu hadir, apa yang aku harapkan
 semoga aku diberi kekuatan untuk tetap meyakini janjiNya.
aku cuma mahu menjadi hambaNya. 

Sunday, October 14, 2012

Monday, October 1, 2012

suatu perkara yang sentiasa ditemui

mana mungkin datang kekuatan kalau bukan dari Dia
mana mungkin datang kebaikan kalau bukan dari Dia
mana mungkin datang keyakinan kalau bukan dari Dia
mana mungkin datang ilham kalau bukan dari Dia
mana mungkin datang kemewahan kalau bukan dari Dia
mana mungkin datang kejayaan kalau bukan dari Dia
mana mungkin datang perasaan sayang kalau bukan dari Dia
mana mungkin datang bahagia kalau bukan dari Dia

maka? kenape lagi hati ini perlu kusut. kenapa lagi perlu rasa takut. takut dan risau kepada sesuatu yang kita sendiri tidak pasti. ahhh bahagianya menjadi orang yang tenang kan. aku cuma tahu berlagak tenang tapi dalam hati, ribut taufun angin monsun ntah brape musim...

dan aku rasa beginilah yang Tuhan mahu menguji. benarkah kau ihklas dengan niatmu. macam mana mau tau ikhlas atau tidak jika tidak diuji bukan? tepuk dada, adoi sakit.

kenape perlu ada rasa cemburu pada kemewahan orang lain. bukankah segala yang terjadi, rezeki, jodoh sudah ditakdirkan? percaya lah, pasti ada hikmah. bukankah diantara yusri ada dua yusran......

masalah...bukan beban, bukan bala, bukan hukuman...
masalah...ialah peringatan, jalan baru, kesedaran, suatu pembentukan diri, kasih sayang, mengajar sabar dan syukur, suatu penghargaan, suatu anugerah...

perkara yang kita akan sentiasa temui ialah masalah. kunci untuk mengatasinya ialah SABAR.wow...adakah seperti semudah untuk disebut perkataan sabar itu sendiri. rasa dulu baru tau beb..ahaks

Sabar untuk dua konteks. Sabar dengan given conditions dan sabar untuk aimed conditions.
Apa yang sudah ditakdirkan (given conditions) samada dalam bentuk bencana, musibah, kemiskinan, kesakitan atau apa-apa sahaja perkara yang tidak menyenangkan. Itu sudah ketetapan Allah untuk kita. Tiada guna mengeluh wahai diri. lebik baik kamu bersabar sahaja. pastikan ada hikmahnya. betol kan?
Tujuan dan harapan (aimed conditions) yang Allah arahkan kita untuk mencapainya iaitu secara umumnya keredhaan Allah dan syurganya. Dalam mencapai tujuan tersebut, pasti dan pasti apa perkara yang laksanakan (perintah Allah) dan perkara yang perlu kita tinggalkan (larangan Allah). Untuk kedua-dua hal tersebut pasti menuntut kesabaran tinggi.

ayuh, kita pupuk nilai sabar biar menjadi sebati dalam diri. bukan hanya menjadi sebuah perkataan pada tulisan, sebuah sebutan pada ucapan tapi harus menjadi kebiasaan dalam diri. jadi bagaimana harus bermula. aku juga tidak pasti tapi aku rasa dengan berpuasa itu suatu amalan yang bagus untuk melatih sabar...

p/s:
1) aku ingin menjauhi perkataan stress dari hidup. sungguh, betol2 mahu menjauh. seperti sebuah doa pula bila sentiasa disebut dan didengar. mungkin aku tidak boleh menutup mulut orang lain dari menyebutnya tapi at least aku boleh menutup mulut sendiri dari menyebutnya bukan....
2) aku bersyukur Allah memberiku kesusahan, kesempitan wang, kebatasan pergerakan, kesakitan, masalah dalam kajian, kritikan dari teman...tapi sekurang-kurangnya aku tau untuk menghargai dan bersyukur. disebalik kesusahan itu akan ada suatu nikmat yang sgt manis.
3) jangan risau...kita ada Dia. kita ada Allah yang Esa yang selalu ada disisi kita(^_^)

Sunday, September 30, 2012

Banyak yg memudaratkan

hoh....ingat bela bugs banyak2 itu bagos...rupanya masalah laen pulak yang aku p create.
xpela bukankah itu satu pengetahuan yang bagos...haha (positif2...)
my assumption, xpela bela bugs banyak2, nti mesti sgt effective nutrients removal..but, i'm get wrong. bela bugs banyak2 rupannya terbela sudey bugs laen yg memudaratkan result aku...adoi..macam mana..nak buat apa? adakah aku kena increasekan lagi treatment period? owh tggal brape bulan je lagi....haila...haila

haippp...ko bukan blajar sebab nak grad kan...ko ckp dulu nak balaja sebab nak ilmu pengetahuan. so?????
kenape yang dok risau sgt? put everything to ALLAH and i'm must keep trying and trying and trying.... please pray for me.

Monday, September 17, 2012

Usri diantara dua yusran~

ada sebuah syair, yang dihafal Hamka dari gurunya Ahmad Rasyid;

Apabila bala bencana  telah bersangatan menimpamu,
Fikirkan segera Surat Alam Nasyrah,
'Usrun terjepit di antara dua yusran',
Kalau itu telah engkau fikiran, nescaya engkau akan gembira.

~kesusahan (al-usri) yang tersepit di antara dua kemudahan (yusran).
dan begitulah cara guru Hamka mengajarnya menghiburkan hati taktala di landa musibah atau kesusahan. Cuba baca syair di atas berulang-ulang kali, akhirnya.....tersenyum(^_^)

"sesungguhan bersama kesusahan itu ada kemudahan" (Al-Insyirah 94: 5-6)

Saturday, September 15, 2012

Cuba untuk senyum

Ada dua perkara yang perlu dibezakan:
1)      Masalah
2)      Tindak balas terhadap masalah

Semestinya yang pertama tersebut, kita tidak mampu mengubah mahupun menahan masalah daripada terjadi kerna itu memang sudah ditakdirkan. Misalnya kemalangan/kematiaan orang yang disayangi. Mana mungkin kita mampu menahan perkara itu dari terjadi kerana itu sudah ditentukanNya. Namun, perkara yang kedua yang lebih penting dan utama iaitu bagaimana kita bertindak balas dengan masalah tersebut. Yang pertama sememangnya di luar kawalan kita tetapi yang kedua kita mampu memilih dan mengawal tindak balas yang mana yang sepatutnya. Bertindak balas positif atau bertindak balas negative? Tindak balas ini merupakan tanggungjawab kita sepenuhnya samada untuk melayan masalah dengan kesedihan berlebihan, kemarahan dan sehingga membawa putus asa atau bersabar. Apa yang dikatakan bersabar ialah tidak mengeluh dengan kesusahan yang dihadapi dan dia akan bisa menahan diri dari kesediahan yang berlebihan, kemarahan dan dendam, rasa tidak puas hati sehingga membawa kepada sikap yang berputus asa. Sesungguhnya sabar itu lawan kepada sikap negative yang mempu mengurangkan tekanan dan beban dari pemasalah hidup dan meneutralkan keaadaan negative masalah.

~jadi sebenarnya, walau besar mana pemasalahan hidup kita, tanggungjawab kita untuk memandang ia sebagai sesuatu yang indah atau beban derita. Kita boleh memilih untuk bahagia kan? Tersenyumlah(^_^)
~kadang memang senang untuk berbicara tapi payahnya untuk melakukan. Tapi tak salah untuk cuba menjadi positif. Cuba menukar sudut pandang kita kepada pemasalahan.
~kita boleh memilih untuk hidup bahagia. maka, SENYUMLAH wahai diri (^_^)

*diinspirasikan dari buku 'Senyumlah' tulisan Syed Alwi Alatas.

Tuesday, September 11, 2012

kusut~

Haila...haila...haila...
dah semester 4...huhu tak dapat lg nak sembunyikan kekusutan ini
ok...tarik nafas...tenang...arghhh..tak mampu.
i need my best friend. My.best.friend.yang.sentiasa.memahami.dan.aku.tak.payah.cerita.itu.ini.penat...
~book...yes i need book~

Sunday, August 12, 2012

berkali-kali; ujian adalah ANUGERAH

kesibukan dan kekalutan
yang datang entah dari mana
di saat hati hilang entah sesat di dunia mana
pengharapan yang semakin lelah
keikhlasan yang semakin samar
aku rindu...sangat rindu
dan sangat ingin kembali
tapi hati ini...
ahh kalah..kalah...
senjataku cuma satu
doa......untuk sebuah pengharapan
jalan untuk kembali

seputar kehidupan ini
tidak akan lari dengan 2 pilihan
putih atau hitam
indah atau buruk
baik atau celaka
syurga atau neraka
dan untuk 2 pilihan ini jugalah
sungguh sukar...kenapa?

Tuhan pastinya punya aturan sendiri
pada takdir2Nya, tersembunyi hikmah
bagi mereka yang mahu berfikir
ujian bukan untuk menjadi beban
bukan untuk menyeksa
bukan untuk menampakkan diri kau kalah
ia sebuah ANUGERAH
ia sebuah NIKMAT
ia sebuah KASIH SAYANG
ia jalan buatmu mencapai sebuah harapan...

suatu ketika kau berdoa penuh pengharapan
dan setelah sekian lama menanti,
mungkin sahaja kau terlupa akan doa itu
pengharapan pun entah ke mana...
namun Tuhan tak pernah lupa
dan diberiNya dengan penuh hikmat
dengan sangat cantik, dengan sangat indah
dan bila kau tersedar, rupa-rupanya kau yang terlupa
Tuhan tak pernah lupa....

PSNZ, 23 Ramadhan 1433H.

Sunday, July 8, 2012

Tiada lagi....

Ayoh Lie...itulah panggilan mesra kami anak2 saudaranya. Seingat saya, ayoh lie kerap juga datang ke rumah kami di Terengganu masa saya dan adik beradik kecik2 lg. Selalu singgah di rumah dengan beg bimbit  bernombor sebagai kunci. Dan setiap kali ke rumah kami, maka setiap kali juga begnya rosak x boleh buka. Kerna adik2 yang suka bermain-main dengan nombor kuncinya. Seingat saya juga, dia tidak marah tapi berseloroh, lain kali kalau datang ke rumah kami x boleh bawa beg bimbit nombor lagi... Penampilannya selalu kemas, dengan kasut but tinggi, kot, kemeja atau berbaju batik. Banyak sebenarnya dia memberi inspirasi kepada saya termasuk la hal ciptaan inovasi tong sampah untuk pertandingan tunas saintis semasa pengajian di mcsj-ytb.

Sudah lama sebenarnya tidak berjumpa ayoh lie tapi kesungguhannya untuk pulang menyambut aidilfitri tahun lepas rupanya untuk kali yang terakhir. Memang saya sangat2 teruja bila dapat tahu ayoh lie akan pulang ke Terengganu untuk berhari raya dan akan pulang bersama-sama dengan kami. Saya menyambutnya dengan gembira walaupun keadaannya tidak lagi sama seperti dulu. Tiada lagi gurauan mesra dan lebih banyak mendiamkan diri. Sedih rasanya hati melihat keadaan ayoh lie tapi itulah takdirnya.

Lewat petang 3 Julai 2012, kami sekeluarga dimaklum tentang pemergian ayoh lie. Pemergian buat semala-lamanya. Sebak hati tapi kena kuatkan demi umi. Selepas menghantar ayah, umi, kakak dan adik ke stesen bas bagi menghadiri majlis pengebumian ayoh lie di KL (saya tidak dapat pergi kerna beberapa keadaan yang tidak mengizinkan), ingatan padanya cukup kuat. Sebak, saya sudah kehilangan ayah saudara lagi. Dan agak terkilan sebab tidak dapat menatap wajahnya untuk kali terakhir. Hanya iringan doa dan bacaan Yasin yang dapat saya hadiahkan buatnya. Semoga roh arwah dalam keadaan tenang dan ditempatkan di golongan hamba-hambanya yang soleh.. Al-Fatihah.....


Saturday, March 10, 2012

Hey, be positive la beb...

'tap...tap...tap.'

Bunyi hujan menimpa zink di tepi tingkap. Malam yang tenang dan dingin.

Ceh, ayat intro macam nak buat novel jer. Hujan la, malam la, haper2 je la...wuhuhu...8)

being positive! simple to say but how? Melilau di facebook sambil2 jenguk rakyat jelata dan tinjau2 post sahabat2 (i like to be a silent reader...). Satu soklan pop-up dalam fikiran. Menjadi positif ini satu pilihan atau latihan. Kita boleh memilih untuk positif atau melatih diri menjadi positif? Atau kedua-duanya perlu bergabung? Memilih menjadi positif dan melatih diri menjadi positif. Hahaha mende la yang ko nak cakap sebenarnya ni??? Adoi...ok example:

situasi 1: minah (xda kena mengena ngan sesape hokeh!) putus cinta. Maka dia melayan perasaan dengan lagu-lagu sedih bagai untuk menunjukkan betapa bersalahnya, betapa kecewanya dia. Makanya minah pun bersedih la untuk ntah berapa lamanya...

situasi 2: minah (xda kena mengena ngan sesape hokeh!) putus cinta. Maka dia melayan lagu-lagu yang menaikkan semangatnya untuk bangkit semula, jodoh di tangan Tuhan, Insyaallah moga diberi yang terbaik selepas ini, belajar dari kesilapan dan apa2 je la ea. Memang minah akan sedih untuk permulaanya tapi saya percaya minah akan bangkit dengan semangat baru untuk meneruskan hidup.

ok..example end. In a nutshell...conclude la sendrik..Hahaha Minah boleh memilih kan samada dia nak layan ujian hidup dia secara positif atau negatif. Dan minah akan bertindak mengikut pilihan dia. Hoho cakap senang la beb, ni jiwa yang rasa ni camna?? Pokoknya, dari akar sampai ke pucuk daun, you choose how u want to be. Jika anda memilih untuk bahagia, maka carilah jalan untuk bahagia. Memulakan langkah pertama memang payah, tapi pada langkah kedua Insyaallah Allah akan bantu. Memulakan untuk bangkit, berperang dengan perasaan, emosi, menanamkan tekad untuk berubah (u-turn) memang payah. Sebab ia perlukan mujahadah. Tapi apabila sudah bertekad memilih untuk bahagia dengan mendekatkan diri pada Allah swt, maka Allah adalah lagi-lagi lebih dekat dengan kita.

"Jika hamba-Ku bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Aku, sesungguhnya Aku adalah amat dekat, Aku menjawab permintaan yang diserukan kepada-Ku jika mereka menyeru, maka terimalah segala arahanKu, dan berimanlah kepada-Ku agar mereka beroleh kemenangan." (Al-Baqarah: 186)

"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan memberikannya jalan keluar, dan memberikannya rezeki dari arah yang dia tidak sangka..." (Al-Talaq: 2-3)

"Dan ingatilah Aku, maka Aku akan mengingati kamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan jangan kamu kufur." (Al-Baqarah: 152)

Jelas, banyak love letter dari Tuhan yang menunjukkan sesungguhnya Allah tidak pernah mensia-siakan atau menzalimi hamba-hambaNya. Maka, apabila kita berasa amat payah untuk menghadapi suatu ujian dalam hidup, ask Allah to help us! Bina hubungan kuat dengan Maha Pencipta kita sebab Dia Maha Mengetahui segalanya dan Maha memegang hati saya dan hati kamu. Mari jadi positif sebab...kita boleh mimilih untuk bahagia dan kita punya Allah sebagai tempat mengadu.

~ Tadi buat intro hujan maen2 jer, tetiba hujan betol2 turun daa..Haha malam yang tenang dan dingin...

~ Nak kongsi satu quote dari C.W. Eliot (President of Harvard University). Terjumpa quote ni masa kat bilik 24 jam UMT. I like book. Seorang prof. tua pernah bagi tips bagaimana untuk menjadi positif iaitu read a book before you sleep, saya buat dan saya senyum. 8) Tapi kalu baca urtv ke takpun mangga before sleep memang mata juling pandang atas ar. haha

“Books are the quietest and most constant of friends; they are the most accessible and wisest of counselors, and the most patient of teachers.”


Saturday, March 3, 2012

mencari bahagia

mana indahnya hidup tanpa ujian,
mana indahnya kejayaan tanpa kegagalan,
mana indahnya kebahagiaan tanpa penderitaan...

senyum....

indahnya warna biru langit kerna teriknya panas mentari,
indahnya kedinginan pagi kerna hujan lebat di malam hari...

senyum....

indahnya pemandangan di puncak gunung kerna payahnya pendakian,
indahnya manis madu tualang kerna tinggi sarangnya di puncak pokok...

senyum....

sukar untuk ditafsirkan tapi tidakkah kita mengerti. Pada setiap perkara yang berlaku sudah tersimpan hikmah yang pasti. Dan lebih indah bagi mereka yang sentiasa menjadikan sabar pendamping setia. Tuhan tidak mungkin menzalimi hambaNya. Berbaik sangkalah pada Tuhan. Dont u see it, dont u feel it. Kebahagian itu harus dicari bukan menunggu ia jatuh dari langit (someone, 2012).

senyum....(^_^)

Friday, March 2, 2012

You gotta be as what u choose.

my sister ask me..."what u want to call your brother in law?"

than my answer.."bro.."

"what? are u sure..." my sister ask me back...

"yup..." i reply.

tak kesah la saya ni dh transform jdi perempuan sopan dgn tudung terlebih labuh ke haper but i'm still your sister yang bukan jenis mesra alam dengan lelaki except our brothers yg 3 org 2 la kan. But that is, how people react with your influence. Betul tak. Disebabkan saya ni dah t'transform jdi perempuan terlebih sopan (kpd yg ssiapa yg memberi label tersebut, sila la kaji kembali) so mungkin menjadi kurang sesuai sekiranya menggunakan gelaran2 otai tersebut. Oh tolong la, saya masih lagi sakinah! Kenape? perempuan bertudung labuh ni seharusnya kelihatan sentiasa sopan penuh ayu or whatever. Nope der... betol, kita memang harus sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik. Itu perlu! Tapi kalau perubahan itu secara hipokrit, apakah maknanya? jawab ler sendiri.. Saya masih lagi sakinah yang suka buat lawak bodo ke haper, bacause that is my style. My way to get close with people. Do you get it?

Mereka yang berada disekeliling kita banyak mengajar kita mengenai kehidupan. Dan setiap dari kita ini mempunyai background yang berbeza. Dan keunikan2 yang ada dalam setiap dari kita ini memang sudah ditakdirkan untuk kita saling kenal-mengenal dan menghargai. Indah kan?... Sila hargai apa yang kita ada dan mereka yang berada di sekeliling kita sekarang. Sebab apa yang kita inginkan tak pasti lagi adakah ia baik untuk kita.

~live well or live hell, you choose!~




Sunday, February 5, 2012

sesuatu yang ingin dikongsi...

Hati yang hidup adalah hati yang penuh dengan rasa kasih sayang

Sayangilah diri anda dan mereka yang berada di sekeliling anda.

Ungkaplah sayang kepada mereka sebelum terlambat dan bersedialah memberi kemaafan.

Kemaafan buat diri sendiri dan kemaafan untuk orang lain.

Tidak guna menyimpan dendam kerna ia sebuah penyakit yang memusnahkan.

Hari ini ialah ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad saw.

Hari ini saya menghabiskan bacaan sebuah buku.

Hari ini saya telah berjumpa dengan seorang sahabat lama.

Dan hari ini banyak mengajar saya mengenai kehidupan.

Sungguh unik dan menakjubkan

Dan buku itu, tidak setebal mana tapi ia penuh dengan kata-kata yang mendalam

Membuatkan saya berfikir dan berfikir

Ingin jadi seorang yang berjiwa besar…

Dan saya ingin kongsikan buku ini dengan semua orang yang saya sayang

“Tuesday with Morrie by Mitch Albom”

Apa yang difikirkan Morrie sememang sudah lama dalam ajaran agama kita. ISLAM YANG INDAH.

Tapi ruginya selama ini kita tidak tersedar.

Mengingati mati bukan sesuatu yang menakutkan, bukan suatu yang ngeri.

Tapi ia ialah penghargaan kepada sebuah kehidupan

Dan bagaimana kita mengisi kehidupan itu dengan sesuatu yang bermakna

Dan bukan sesuatu yang remeh temeh dan sia-sia.

Salam Maulidur Rasul 1433H

*Nabi kita penuh dengan rasa kasih sayang. Kasih dan Sayang pada umatnya hingga hujung nyawa. Dan kita dimana?