Wednesday, December 28, 2011

Jangan Pernah Berhenti


Jangan pernah berhenti. Terus berjalan dan berjalan. Ya, di sepanjang perjalanan ini kita pasti akan menghadapi kesususahan, kita mungkin melakukan kesilapan tapi berhenti adalah kesilapan yang lebih besar. Air yang bertakung tanpa mengalir lama-lama juga akan menjadi kotor dan membusuk.

Kadang-kadang kita menjadi lemah dengan segala dugaan yang menimpa. Menangis, meraung dan meratap. Kecewa dan keliru bersatu. Seperti di dunia ini kita keseorangan menghadapi kesusahan. Maka di sini teruji makna kesabaran, redha dan ikhlas. Adakah sabar setelah mengeluh, memaki, meraung sekuat hati. Ya Allah, Tuhan Yang Satu. Kembali kepadaNya dalam sujud solat. Bertaut kemas denganNya dalam setiap ucapan doa. Mencari cinta dalam tenang pada untaian tasbih.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar....



Wednesday, September 28, 2011

~tipu kalau katakan tiada apa untuk dicerita~
~tipu untuk menyatakan tiada rasa untuk dikongsi bersama~
~tipu jika dikatakan tiada ingatan untuk mereka~

.....kadang2 diam adalah lebih menenangkan.....

ajari jiwa untuk lebih kuat, ajari emosi untuk tidak mudah lemah,
kan Allah itu ada bersama mereka2 yang bertakwa...

kesedihan itu hanya suatu penyakit yang membunuh semangat,
memadamkan api motivati dan membeku jiwa.
ketakutan dan kegelisahan kepada sesuatu yang tidak pasti hanya melemahkan
kaki untuk melangkah, mencabut akar keyakinan pada diri padahal
janji Allah itu pasti datang.

~KUAT (^_^)~

Saturday, September 24, 2011

~~~


seseorang pernah berkata
jika anda berada dalam kekusutan
kesedihan dan kedukaan
maka keluarlah melihat alam
memerhati apa yang ada di sekeliling kita
dan bermuhasabahlah
bersyukur dengan apa yang terbentang di hadapan kita


akhir-akhir ini selalu fikiran menjadi serabut. banyak perkara yang tertangguh, hati menjadi tidak tenang, dan fikiran tidak terfokus. banyak perkara harus difikirkan. terkadang seperti rasa mahu mengalah dan lari sejauhnya-jauhnya.....

namun, ke mana harus pergi. adakah dengan pergi jauh-jauh masalah akan selesai???
mereka selalu berpesan, ikhlaskan diri dalam setiap perkerjaan kita, bersabar dengan semua yang sudah ditakdirkan... ikhlas dan sabar tidak semudah seperti sebutannya. terkadang hati ini juga menjadi lemah untuk ikhlas. terkadang hati ini juga tidak kuat untuk bersabar.

apa yang diharapkan? hanya satu...Ya Allah, Kau kuatkan kaki ini untuk melangkah dalam lautan dunia yang sentiasa berombak sebelum nyawaku ini diambil kembali...

jalan ini sakit, jalan ini perit...tapi ia nikmat yang sukar ditafsirkan...
.
.
.
.
.


Thursday, August 25, 2011

kisah hidup

dulu, anak kecil itu hanya tahu menangis,
minta perutnya diisi,
tanpa dia tahu adakah perut ibu dan ayahnya sudah terisi

dulu anak kecik itu hanya tahu meminta,
meminta dibelikan sesuatu yang menjadi idamannya,
tanpa dia tahu beban kewangan yang ditanggung oleh si ayah

dulu anak kecil itu hanya tahu bermain,
bergembira, ketawa riang bersama rakan-rakan sepermainan,
tanpa dia tahu duka dan keresahan yang ditanggung ibu dan ayah

..............

umi: nak letak nama apa ni mek...
mek: letak nama siti zubaidah boleh
umi:hmmmm...
che':letak nama che' la. nama che' syarifah sakinah
umi:hah sakinah. letak nama sakinah la sedap. wan nur sakinah....

p/s: mek ialah arwah emak kepada umi saya dan che' ialah arwah kakak angkat kepada umi saya. Al-Fatihah

..............

umi: nah ikut mi sembahyang zohor yer. ikut kt belakang.
CK: nak baca apa mi dalam sembahyang?
umi: baca la apa-apa yang nah tahu
CK: hmm..ok

pada rakaat pertama

umi: Allahuakbar...
CK: Bismillahirahmanirrahim.. alif di atas a, alif di bawah i, alif di depan u...(dengan suara yang agak kuat)
dan umi terpaksa memberhentikan sembahyangnya kerana tak tahan nak gelak
umi: nah jangan baca kuat-kuat. baca dalam hati jer.
CK: baik mi...

itu kisah pertama kalinya saya diajar sembahyang oleh umi. sembahyang pada waktu zohor. pada ketika usia saya itu hanya tahu mengeja huruf. tak pandai lagi nak baca surah2. terima kasih buat umi yang mengajarku sembahnya, menasihatkanku supaya sembahyang, dan mengingatkanku supaya jangan tinggal sembahyang. Alhamdulillah, berkat doa umi=)

.................

terima kasih buat umi yang melahirkan, terima kasih buat ayah yang bekerja siang dan malam mencari rezeki buat kami sekeluarga, terima kasih buat ayah dan umi yang menjaga, mengajar dan mendidiku, terima kasih buat ayah dan umi yang sentiasa menasihatiku untuk berbuat baik, terima kasih buat ayah dan umi yang sentiasa mengingatiku supaya jangan tinggal sembahyang, terima kasih buat ayah dan umi yang sentiasa berpesan supaya sentiasa berjimat cermat dan jangan membazir, terima kasih, terima kasih, terima kasih dan terima kasih buat ayah dan umi yang memberikanku sebuah kasih sayang yang sangat bernilai, yang menjadi penenang dikalaku keresahan, yang menjadi pendamai dikalaku kekalutan dan yang menjadi penghibur dikalaku kesedihan.

TERIMA KASIH BUAT:

AYAH: DIN BIN ABD RAHMAN
UMI: WAN FUZIAH WAN MAHMOOD

Sunday, August 21, 2011

Coretan Ramadhan 1432H

Assalamualaikum wrt...

hati sekadar menuntut mahu berkongsi. sebak mengingatkan peristiwa semalam masih terasa. betapa bersyukurnya kita yang dikurniakan pelbagai nikmat hingga kadang-kadang kita menjadi alpha untuk mensyukuri nikmatNya. Ya Allah... Engkau mempelbagaikan keadaan manusia dengan pelbagai2 ujian, keadaan untuk menuntut hamba-hambaMu berfikir. sungguh banyak hikmah yang tersembunyi disebalik setiap apa yang Engkau takdirkan kepada kami. Ya Allah... Engkau tempatkan kami pada jalan orang-orang yang mencari redha dan cintaMu dan Engkau istiqomahkan kami pada jalan tersebut...

20 Ramadhan-Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk menghadirkan diri pada suatu program anjuran Nisa' Negeri Terengganu. Allah Maha Besar, membuka hati saya untuk bersama-sama menghadirkan diri dalam program tersebut walaupun pada mulanya hati terasa berat untuk pergi dengan pelbagai alasan, hmm, xpe la, xyah g kot...ajk dah ramai, ajk dari dun pun ada... nak g beli barang buat kuih raya lagi ni, ajk lain dah ramai ni boleh handle.. itulah antara alasan2 yang bermain di hati. Namun Allah swt mahu menunjukan kekuasaanNya, menhadirkan rasa insaf dalam hati yang keras ini, mewujudkan rasa syukur atas banyaknya nikmat yang telah Dia berikan. Allahuakbar...

Program yang diberi nama 'Smallkindness', sumbangan kecil tapi mungkin sangat2 bermakna buat insan2 yang memerlukan. Tahun ini, seramai 40 orang anak2 dari kelurga miskin dan anak2 yatim dibawa untuk membeli baju baru, kasut baru, tudung baru dan pelbagai lagi kelengkapan yang mungkin sedikit sebanyak menimbulkan rasa gembira di hati mereka. dengan peruntukan untuk setiap anak2 yang jumlahnya tidaklah sebesar mana, kami dikehendaki untuk mambawa anak2 tersebut 'bershopping' raya. kalau diikutkan peruntukan untuk setiap anak2 tersebut sememangnya tidak mencukupi dan kami perlu mengharapkan simpati dari peniaga bagi mendapatkan harga yang murah.

masih terbayang lagi betapa gembiranya wajah anak2 tersebut taktala menyarungkan baju baru. sebak hati melihat wajah mereka. betapa bersyukurnya kita selama ini. hati yang keras ini juga bisa menjadi cair, dan air mata menjadi begitu murah sekali. Ya Allah, hati saya sangat sayu melihat wajah-wajah mereka. dari satu kedai ke satu kedai kami mencuba baju baru yang selesa dan berkenan di hati, tawar-menawar, meraih simpati dan mengajak peniaga beramal. Namun, kita hanya mampu berusaha tapi Allah yang memegang hati-hati mereka. baju baru sudah dicuba, sudah berkenan di hati, sudah terukir senyuman di bibir, namun tawar-menawarku dengan peniaga tersebut, simpati yang diraih untuk anak2 yatim dan miskin ini tidak bisa melembutkan hati mereka. harga diluar dari peruntukan, tangan terpaksa dikuatkan, menaik tangan anak2 tersebut; 'mari dik, kita cuba baju di tempat lain'. Ya Allah betapa hati ini sangat2 sebak. Rasa serba salah yang menebal tapi dikuatkan hati... sakinah, tolong jangan menangis depan adik2 ini.

Namun, disebalik kerakusan peniaga yang mencari keuntungan di bulan mulia yang digalakkan umatnya untuk bersedekah, masih ada segelintir dari mereka yang begitu baik hatinya. begitu lembut hati mereka terhadap anak2 yatim dan miskin ini. taktala kami bergerak untuk meninggal ruang niaga A untuk ke ruang niaga B mencari hati2 yang mahu menyumbang untuk anak2 yatim dan miskin ini, kami melalui sebuah kedai yang terletak di luar ruang niaga B bersebelahan pintu masuk. Pada mulanya kami tawar menawar dengan kakak tersebut meminta harga yang paling murah yang boleh diberi, dan Alhamdulillah harga yang diberikan berpatutan yang sesuai dengan peruntukan. kami katakan pada kakak peniaga tersebut tentang program kami dan anak2 ini dari keluarga yatim dan miskin. Maka kami meminta adik tersebut mencuba baru baru yang berkenan di hati. dari satu baju, ke satu baju dicuba, kakak tersebut tenang melayan karenah mereka. akhirnya, setelah baju yang dicari berkenan di hati, maka kami siap untuk menghulurkan bayaran. Allah itu memang Maha Berkuasa, Maha Penyayang, Maha Pemberi Rezeki, telah melembutkan hati kakak tersebut untuk memberi baju tersebut secara percuma. Hati saya tidak dapat menahan sebak, mengalir juga air mata ini. Ya Allah, Kau majukan perniagaan kakak ini, Kau murahkan rezekinya Ya Allah. Alhamdulillah masih ada mereka yang mahu mencari keuntungan akhirat. Terukir senyuman di bibir anak2 tersebut mendapat apa yang mungkin sudah lama mereka idam-idamkan. Dan terima kasih Ya Allah, syukur Alhamdulillah atas setiap rasa dan nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami.



p/s:
-Allah yang memegang hati-hati kita. melahirkan pelbagai rasa dan nikmat. Alhamdulillah dengan apa yang diberikan kepada kita selama hari ini.
-kepada insan-insan yang mungkin selalu menjenguk blog ini dan melihatnya tidak terisi dengan sesuatu yang baru, terima kasih dan special thanks kepada insan2 yang menegur atas ke alphaan saya untuk berkongsi sesuatu. anda semua sangat istimewa di hati saya.
-selamat mengisi ramadhan yang berbaki beberapa hari ini, semoga bulan berkat ini membawa kita pulang kembali pada jalanNya, mengikut fitrah manusia.
-selamat menyambut bulan syawal yang bakal menjelma, semoga bulan kemenangan ini tidak disambut dengan kekalahan kita pada nafsu.

Tuesday, May 3, 2011

monolog hati~



"kenape senyap jer? kecewa?"

"kenapa diam? lelah?"

.
.
.
.
.
.

"saya risau, saya keliru, saya lemah..."

"then?"

"apa nak buat? lari dari semua orang?"

"itu penyelesaian ker..? jangan jadi pengecut laa..."

"huh, cakap senang la.."

"hei kamu, lupa ker?"

"lupa? ap?"

"huh kamu memang sudah lupa... mudah lupa"

"apa ni? ye la, saya memang pelupa, saya memang lemah."

"iye, memang kamu pelupa, memang kamu lemah, ego plak tu."

"apa maksud sebenarnya ni???"

"fitrah seorang hamba. lemah. lupa. tapi kamu ego untuk mengadu. ego sangat!"

"erk..."

"kembali, cari kekuatan yang hilang. kamu tahu jawapannya. sampai bila harus membiarkan ia mati? sampai semua ketenangan kamu hilang?"

"tapi perasaan sentiasa dilanda badai, saya tak kuat."

"sudah!!! cukup bagi alasan. cukup la dengan ego kamu tu. cukup la mendera hati."

"kamu, boleh tolong saya tak?"

"huh, apa lagi?"

"tolong pegang tangan saya, jangan biarkan saya."

"kamu ni, tak sedar2 lagi? hey, saya memang selalu pegang kamu, saya tak pernah tinggalkan kamu. Lupa lagi?"

"lupa ap?"

"kamu adalah saya, saya adalah kamu. saya dalam diri kamu. saya sentiasa bersama kamu. ingat?"

"erk...kalu kamu sentiasa bersama saya, jadi ke mana kamu menghilang sebelum ni?"

"hello, bila plak saya hilang? kamu tu yang lari, konon la membawa perasaan. huh."

"owh..yeke...hehe ok, janji yer jangan lepaskan tangan saya."

"huh, dari dulu dari janji tu terpatri dan tak pernah mungkir."

"hehe...ok time kasih kamu."

"yer, sama2 kasih"

nota jari:
1) menyelongkar semangat yang hilang. Bangkit! Bangkit! Bangkit! terima kasih buat semua yang sentiasa memberi sokongan(^_^)
2) berpagi-pagian itu sangat menenangkan...
3) walau apa yang terjadi, laut biru itu sangat menyenangkan=)
4) haiwan berbulu 3 ekor tu sangat mengirangkan hati..oh..oh..

Monday, April 4, 2011

tiada tajuk

salah dunia yang terus menerus dipalit kejahatan
atau salah hati yang tidak dipagari kukuh
hati seringkali ingkar untuk berkata benar
hati membenci tapi jasad seperti dipacu suatu kuasa yg jahat
memujuk hati membenarkan dosa
merayu hati untuk terus khayal
dan bila masanya mahu pulang dengan sebenar-benarnya?

bagilah hati yang jawab taktala jiwa sudah aman...


nukilan untuk sekadar update blog?
terpulang...namun hati semakin hari semakin tidak tertahan
~FOKUS!!!~

p/s: sejujurnya, saya sedih sebab terpaksa menolak satu peluang. mungkin ada suatu yang lebih baik untuk saya terus tetap di sini. Ya Allah, lapangkan hatiku dengan keputusan ini...

Saturday, March 5, 2011

maaf, saya bukan mek bunga yer.

Di suatu petang yang nyaman dengan angin pantai yang mengulik mesra, di sebuah teratak usang...

cucu: tok, pokok bunga tok dah layu la. mcm dh nk mati jer. buang je la tok ea. kita ganti dengan pokok bunga baru




tok: hmmm cu, masa arwah tokki kamu masih ada dulu, setiap pagi tokki akan hadiahkan tok dengan bunga ni. tersengeh-sengeh tok bila dapat bunga tu. kemudian, tok akan selitkan pada sanggul tok. tersenyum tokki kamu. (tok pun ikut tersengeh)

cucu: waa, romantiknya tokki. mesti tokki sayang sangat dengan tok kan. sebab tok kan cantik

tok: cu, jangan kita nilai seseorang itu dengan kecantikkan luarannya sahaja. sebab ia takkan berkekalan lama. tengok bunga tu, cantik kan (ambil menunjukkan pada sekuntum bunga mawar yang sedang mekar di pohonnya). tapi bila ia dah tua, layu dan gugur ke tanah maka cantiknya juga turut pudar dan hilang. kecantikkan dan keindahan yang sejati tu datangnya dari kecantikan buah akhlak, tumbuh dari keteguhan pohon ibadah dan kekuatan akar akidahnya.


cucu: tapi kan tok, camna plak dengan perumpamaan "bunga yang cantik tiada bau, umpama wanita hilang malu". cu jumpa perumpaan tu kat sini (^_^)

tok: hoho macam kenal jer ayat tersebut. hmmm bak kata penulisnya tu, perumpamaan itu ialah sekadar kiasan jer. bunga, Allah memang sudah ciptakan memang ada yang bersifat mempunyai bau dan ada yang tidak berdasar kepada fungsi bunga tersebut kepada makhluk lain. cikgu sains tok dulu pernah bagitau, fungsi bau pada bunga ni adalah salah satunya untuk menarik perhatian pendebunganya. kalau pendebunganya sukakan bau harum, maka bunga tersebut akan menarik perhatiaan pendebunganya dengan bau harum. tapi tak semua bunga berbau harum kan. seperti bunga rafflesia, tidak berbau harum sebab pendebungannya ialah lalat yang tertarik dengan bau busuk. tengok, hebat sungguh ciptaan Allah swt pada alam ni. Jadi kita tak boleh nak salahkan bunga tersebut jika ia tidak berbau harum sebab memang sudah diciptakan begitu oleh Yang Esa.

cucu: pergh tok, berfakta sains plak. tapi tok apa kena mengena plak ngan wanita yang tiada malu ni. penting sangat ke malu pada seorang yang bernama wanita?

tok: begini cu, malu tu sebenanya bukan perlu pada wanita sahaja, bahkan lelaki juga perlukannya. malu itu berkaitan dengan maruah, berkaitan dengan iman. malu itu ialah cerminan kepada iman kita. Nabi Muhammad saw berkata mengenai malu ini, "Iman memiliki 67 cabang, dan malu adalah cabang dari iman" (hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Seorang yang mempunyai rasa malu juga tidak akan sanggup melihat dirinya dihina dihadapan Allah swt, di hadapan manusia atau dihadapan dirinya sendiri. tapi kenapa wanita yang selalu ditekankan dengan maruah dan sifat malu? wanita merupakan golongan yang lemah dan mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta yang paling ramai juga yang menjadi penghuni neraka. jadi, malu itulah yang akan menjadi benteng daripada melakukan perkara yang mungkar dan mengikut hawa nafsu tersebut. wanita yang mempunyai sifat malu ini akan sentiasa menjaga dirinya supaya tidak terjerumus ke dalam lembah maksiat, fitnah, dan perkara-perkara yang tidak baik.

cucu: oooh, jadi maknanya wanita yang mempunyai sifat malu ni lebih dihargai dan dipandang tinggi daripada wanita yang sudah hilang sifat malunya. macam bunga yang berbau harum, orang akan belai-belai, dijaga rapi, dijadikan hadiah. tapi takder plak orang nak jadikan bunga rafflesia ke, bunga tahi ayam ke sebagai hadiah kan...hehehe

tok: iya la tu cu. pandai jer kamu ni. cu pun kena ingatkan dalam diri, berasa malulah untuk berbuat kemungkaran sebab sehebat mana pun kita cuba menyembunyikan kesalahan kita atau niat tak betul kita tu, tak akan terlepas dari pengetahuan Allah swt. Malulah kita nak buat kemungkaran kepada Tuhan yang telah memberikan pelbagai nikmat buat kita tanpa meminta sebarang bayaran pun.

cucu: Insyaallah tok. cu akan pahatkan segala nasihat tok beri tu pada hati dan jiwa cu. err tok, kembali pada topik asal kita, tok nak buang tak pokok bunga yang nak mati tu.

tok: hehehe xpe cu, pokok bunga ni banyak kenangannya. lagipun ia belum mati lagi. kita boleh tambahkan baja, siram ia selalu, Insyaallah nanti pokok ini akan berbunga lagi. (^_^)


p/s:
1) tokki dan tok adalah gelaran untuk atok dan nenek yang biasanya digunakan oleh orang terengganu.
2) alam sentiasa mengajar kita dengan sesuatu yang hebat. menggalakkan kita berfikir dengan kehebatan kuasa Allah swt.
3) thanks MB untuk perumpamaan tersebut.
4) kalau anda semua sayangkan saya, tolong ingatkan saya kembali sekiranya saya terleka.

Tuesday, March 1, 2011

Alam ini sedang mengajar kita

kita berjalan di pesisir pantai
angin bertiup mesra menyapa pipi
terasa sungguh menenangkan
dilayan begitu oleh sang angin
tapi awas, di musim tengkujuh
tiada lagi sapaan lembut sang angin
hanya hembusan dingin yang datang menampar

ketika berjalan di pesisir pantai
ombak kecil lembut mengusap kaki
dan hati ini sungguh senang
bermain-main dengan si ombak kecil
namun si ombak ini juga bisa berubah watak
menjadi ganas memukul sang pantai yang keliru
menjadi kasar menghentan sang batu yang tegar

ketika berjalan di pesisir pantai
kaki lembut memijak pasir pantai
sesekali membentuk pelbagai corak
ada corak yang hambar
ada corak yang berseni cantik
dan sang pasir di pesisir pantai itu
juga sentiasa berubah corak
mengikut alunan terjahan sang ombak




ah, mereka semua sentiasa berubah
angin, ombak, pasir pantai
sekejap menjadi mesra sekejap menjadi dingin
sekejap lembut menangkan
tapi bertukar jua menjadi kasar
sekejap pandangan itu sangat cantik mendamaikan
tapi bisa juga menjadi sebuah pandangan yang jelik
uh, tiada apakah yang kekal dalam dunia ini?

Alam ini sedang mengajar kita
yang begitu cetek mengenal kehidupanan
sedangkan alam ini juga kekadang berubah watak
patuh dengan arahan Yang Berkuasa

dan begitulah kita
kekadang kita perlu lakukan sebuah perubahan
dan adakalanya perubahan tersebut begitu sukar
yang perlukan mujahadah, yang perlukan istiqamah
yang memerlukan kepada sebuah pengorbanan
namun redha Tuhan atau redha manusia yang kita cari?
dan alam itu terus mengajar kita tanpa jemu
mengajak kita kembali berfikir
ikhlaskah hati kita pada perubahan ini?

p/s: sejak akhir-akhir ini, merenung sang ombak begitu mengasyikkan. pantai menjadi tempat untuk berfikir dengan tenang. hebat sungguh ciptaan Allah swt.

~ku biarkan kalam berbicara, menghuraikan apa yang terbuku di jiwa~

Tuesday, February 15, 2011

Sollu...sollu...sollu

Terjemahan untuk selawat binnabil huda boleh amek kat sini



Assalamualaikum wrt...
Selawat dan salam terutamanya kepada junjungan mulia, Nabi Muhammad saw.

suatu ketika dahulu di sebuah tempat...
"siapa idola kamu"
"Nabi Muhammad"
"kenapa Nabi Muhammad?"
"errr"
"kamu kenal tak Nabi Muhammad? tahu ke sejarah hidup baginda? boleh ceritakan sikit?"
"hmmm..err..aaa"
"macam mana kamu jadikan Nabi Muhammad sebagai idola sedangnya kamu tak kenal pun baginda? tak amek tahu pun sejarah hidupnya?"

Dialog ni cukup buat saya rasa malu, tersentak. Benar, kata cinta, kasih dan sayang pada Rasulullah tapi sejarah hidup baginda pun kita tak amek kisah. Sedangkan Nabi Muhammad saw cukup kasih dan sayang pada kita, umatnya sehingga ke akhir hayat baginda. Tapi kita? Tepuk dada tanya iman.Sempena Maulidur Rasul ini, hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw, saya ingin mengajak diri saya, keluarga dan sahabat2 semua supaya perbanyakkan selawat ke atas baginda.

Sebenarnya senang jer nak praktikkan. Saya pun kadang terlupa, terleka, teralpha. Sambil dalam perjalanan gi tempat kerja, makmal, kelas atau ke mana sahaja kita boleh berselawat, berzikir. Sekarang dah senang, boleh download zikir, selawat dalam handphone. Sambil2 buat kerja boleh la pasang, dengar dan berselawat sekali. Peringatan buat diri sendiri, keluarga dan sahabat2. Semoga kita mendapat syafaat pada perhitungan kelak. InsyaAllah.



p/s: saya sedih bila ingat balik suatu ketika dahulu, ada satu pihak melarang kami berselawat kuat2 semasa perarakan Maulidur Rasul atas alasan yang sungguh tidak munasabah. nak selawat dalam hati jer. hmmm kalu konsert takpe plak pasang kuat2...

Thursday, February 10, 2011

KEMPEN: Kami TAK Sambut Hari Valentine~



Assalamualaikum wrt...

Sebagai menyokong usaha murni k.sunah dalam menjayakan kempen ini. Rasanya sudah tibanya masa untuk kita semua membebaskan minda daripada budaya barat yang jelas merosakkan. Mungkin selama ni kita tau tahu, main ikot jer, main wish jer tanpa kita tahu apakah agenda yang tersembunyi di sebalik Valentine Day ini. Sedar-sedar kita nampak kesannya sahaja. Kerosakkan teruk akhlak remaja kita. Anak lari dari rumah. Pesta maksiat melata. Pembuangan bayi sana sini. Dan kemudian kita hanya tahu menunding jari mencari salah siapa. Cuba tanya diri sendiri, kalu kempen sebegini pun kita tak sokong, dan cantik2 dah k.sunah buatkan banner dan paling kurang pun juz tempekkan sahaja banner ni kt blog or fb ker. Jadi atas alasan apa lagi untuk kita sama-sama membanteras budaya yang memusnahkan alam ni. Tepuk dahi tanya akal.

untuk maklumat lanjut sila klik di sini

~Saya TAK sambut hari valentine, sebab hari-hari adalah Hari Kasih Sayang~

p/s:
- Syukran kepada pihak penganjur kempen yang baik hati.
- 15 Feb = Maulidur Rasul
- Nabi Muhammad saw adalah insan yang paling penyayang kepada umatnya dan hingga ke penghujung hayat baginda masih lagi mengingati umatnya.

Tuesday, February 8, 2011

hanya Kau yang mampu

Dari sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari,
"Rasulullah bersabda yang Allah telah berfirman bahawa ganjaran untuk hambaKu yang taat kepadaKu, apabila Aku tarik sahabatnya atau saudaranya dari muka bumi ini; yakni mati, dan dia menerimanya dengan sabar kerana Aku, maka memang syurgalah yang menantinya."

Maka bersabarlah dengan segala ujian Allah kerana Dia sudah menjanjikan nikmat syurga buat hambaNya yang SABAR.

~saya mempunyai seorang sahabat, dan saya tahu di saat ini dia sedang mengalami kesedihan akibat kehilangan orang yang tersayang. Allah sedang mengujinya dengan pelbagai ujian. saya berjanji untuk menjadi sahabat selamanya, namun saya tahu saya bukan pelindung yang terbaik dengan semua masalahnya. Dan saya tahu ALLAH adalah pelindung yang terbaik buatnya. apalagi yang mampu saya katakan untuk menenangkan hatinya selain dari SABAR & REDHA. saya sedih bila dia sedih.~

"Ya Allah, Kau kuatkan hati sahabatku ini kerna aku tahu & yakin hanya Kau yang mampu. Ya Allah, Kau bawalah hatinya dengan sinar kebahagiaanMu. Permudahkan segala urusannya dan bawalah sahabatku ini ke jalan yang Engkau redhai."

p/s:
1) update blog dengan mood sedih
2) tahniah buat mama (k.uyun) dan a.Taib yang telah selamat diijab kabulkan. selamat pengantin baru.
3) saya suka karya Hlovate.

Wednesday, January 26, 2011

Pantun berkerat-kerat

Bismillahirrahmaanirrahim...
Assalamualaikum wrt.

Buah ciku dimakan si anak cina,
duduk sendirian merenung angkasa,

hidupkan syariaat agama kita,

kelak hidup aman sentosa.





















kenduri sekampung gulai sekawah,

makan bersama dengan uminya hassan,

menghulur salam mengeratkan ukhwah,

namun jangan melampaui batasan.



















batik bunga melur siap dicanting,
untuk dipakai di hari kebesaran,
walau perpaduan isu yang penting,

namun agama harus diutamakan.


















kitab mulia kitab Al-Quran,
jadi pedoman hambaNya yang beriman,

mari bersama tegakkan kebenaran,

pemimpin bertakwa, rakyat beriman.

























p/s: adakah minggu ni minggu berpantun??? lalala~

bunga sakura di tepi tasik,
sekian, terima kasih(^_^)