Sunday, October 14, 2012

Monday, October 1, 2012

suatu perkara yang sentiasa ditemui

mana mungkin datang kekuatan kalau bukan dari Dia
mana mungkin datang kebaikan kalau bukan dari Dia
mana mungkin datang keyakinan kalau bukan dari Dia
mana mungkin datang ilham kalau bukan dari Dia
mana mungkin datang kemewahan kalau bukan dari Dia
mana mungkin datang kejayaan kalau bukan dari Dia
mana mungkin datang perasaan sayang kalau bukan dari Dia
mana mungkin datang bahagia kalau bukan dari Dia

maka? kenape lagi hati ini perlu kusut. kenapa lagi perlu rasa takut. takut dan risau kepada sesuatu yang kita sendiri tidak pasti. ahhh bahagianya menjadi orang yang tenang kan. aku cuma tahu berlagak tenang tapi dalam hati, ribut taufun angin monsun ntah brape musim...

dan aku rasa beginilah yang Tuhan mahu menguji. benarkah kau ihklas dengan niatmu. macam mana mau tau ikhlas atau tidak jika tidak diuji bukan? tepuk dada, adoi sakit.

kenape perlu ada rasa cemburu pada kemewahan orang lain. bukankah segala yang terjadi, rezeki, jodoh sudah ditakdirkan? percaya lah, pasti ada hikmah. bukankah diantara yusri ada dua yusran......

masalah...bukan beban, bukan bala, bukan hukuman...
masalah...ialah peringatan, jalan baru, kesedaran, suatu pembentukan diri, kasih sayang, mengajar sabar dan syukur, suatu penghargaan, suatu anugerah...

perkara yang kita akan sentiasa temui ialah masalah. kunci untuk mengatasinya ialah SABAR.wow...adakah seperti semudah untuk disebut perkataan sabar itu sendiri. rasa dulu baru tau beb..ahaks

Sabar untuk dua konteks. Sabar dengan given conditions dan sabar untuk aimed conditions.
Apa yang sudah ditakdirkan (given conditions) samada dalam bentuk bencana, musibah, kemiskinan, kesakitan atau apa-apa sahaja perkara yang tidak menyenangkan. Itu sudah ketetapan Allah untuk kita. Tiada guna mengeluh wahai diri. lebik baik kamu bersabar sahaja. pastikan ada hikmahnya. betol kan?
Tujuan dan harapan (aimed conditions) yang Allah arahkan kita untuk mencapainya iaitu secara umumnya keredhaan Allah dan syurganya. Dalam mencapai tujuan tersebut, pasti dan pasti apa perkara yang laksanakan (perintah Allah) dan perkara yang perlu kita tinggalkan (larangan Allah). Untuk kedua-dua hal tersebut pasti menuntut kesabaran tinggi.

ayuh, kita pupuk nilai sabar biar menjadi sebati dalam diri. bukan hanya menjadi sebuah perkataan pada tulisan, sebuah sebutan pada ucapan tapi harus menjadi kebiasaan dalam diri. jadi bagaimana harus bermula. aku juga tidak pasti tapi aku rasa dengan berpuasa itu suatu amalan yang bagus untuk melatih sabar...

p/s:
1) aku ingin menjauhi perkataan stress dari hidup. sungguh, betol2 mahu menjauh. seperti sebuah doa pula bila sentiasa disebut dan didengar. mungkin aku tidak boleh menutup mulut orang lain dari menyebutnya tapi at least aku boleh menutup mulut sendiri dari menyebutnya bukan....
2) aku bersyukur Allah memberiku kesusahan, kesempitan wang, kebatasan pergerakan, kesakitan, masalah dalam kajian, kritikan dari teman...tapi sekurang-kurangnya aku tau untuk menghargai dan bersyukur. disebalik kesusahan itu akan ada suatu nikmat yang sgt manis.
3) jangan risau...kita ada Dia. kita ada Allah yang Esa yang selalu ada disisi kita(^_^)