Saturday, January 5, 2013

Sekali jer~

Hanya sekali jer...
Sekali jer Tuhan bagi kita hidup
Hanya satu nyawa
Bukan macam main game tembak2
Yang kita bole reload2 or guna talian ayat bagai
Dan perjalanan hidup kita atas dunia ni sekali jer
Takdanya dua kali
Lepas perjalanan kita atas dunia ni ialah akhirat
hah..yang kat situlah yang kita akan kekal abadi

Jadinya... disebabkan kita ada sekali jer 
Patut ke kita enjoy giler2 sebab hidup sekali jer?
Sebab lepas tu kan kita kena masuk dunia abadi
Dalam dunia abadi ada 'bilik sejuk' dan 'bilik panas'
Kalau enjoy giler2 sakan masa kite hidup kt dunia yang sekali ni jer
Tak ke macam tempah 'bilik panas' masa kat dunia abadi...

Jadinya... macam mana sepatutnya
kita buat untuk sekali ni jer hidup atas dunia?
Confirm2 masa hidup atas dunia ni
Ada masa kita gumbira2
Dan pasti ada masa kita bersedih duka
Mestilah kita suka yang moment suka2 gumbira2 tu kan
Tapi kenapa Tuhan bagi kita bersedih duka juga
untuk kehidupan dunia yang sekali ni jer?
Untuk apa? 

Cuba kita fikir dalam lagi
Bayangkan ea... kalau di sepanjang hidup kita di dunia ni
Tuhan bagi moment yang best2 jer...suka2...gumbira2
Apa yang kita nak semua mudah nak dapat
Nak jadi pandai...mudah
Nak dapat terbaek dalam keputusan peperiksaan...mudah
Nak sambung pengajian yang lebih tinggi, di universiti terbaek, dalam bidang yang gempak...mudah
Nak perkerjaan yang glamor, gaji perghhhh...mudah
Pastu nak dapat pasangan cun, yang memang sayang kat kita...mudah jugak...
Biasanya inilah yang kita nak dalam hidup kan..
Tapi best ke kalau semua mudah dapat
Kita akan bersyukur ke dengan semua ni?
Ke kita akan jadi orang yang bongkak dan sombong 
Berjalan atas bumi yang bukan ciptaan kita

Sombong bukan pakaian kita
Ia sifat Tuhan Pencipta kita
Pastu kita pulak nak berlagak sombong dengan semua nikmat
Yang confirm2 Tuhan kita jugak yang bagi
Jadi macam mana jugak la kita nak jadi hamba yang bersyukur?
Macam tak sesuai pulak kan sombong dan bersyukur boleh duduk sekali

Okay cer kita bandingkan ea
1. Gumbira selepas gumbira
2. Gumbira selepas berduka
antara gumbira 1 dan 2, yang mana agaknya2 yang kita rasa lebih gumbira
yang kita rasa lebih nikmat yang sampai....hah macam nak menangis
yang kita akan lebih rasa Ya Allah bersyukurnya
hmmm okay, biar hati yang jawab...hati yang paling dalam
suasana yang hening, tenteram dan tenang
cer kita duduk dan merenung sekejap
Tuhan bagi kesusahan bukan untuk bebankan kita..betul tak?
Tuhan bagi ujian yang kita rasa susah sangat, sedih sangat juga bukan saja2... 
Tak ke kita rasa dengan ujian-ujian inilah mematangkan fikiran kita
Yang kita rasa sangat menghargai apa yang ada di sekeliling kita
Yang membuka sudut pandangan kita yang berbeza
Atau mungkin juga yang menjadi benteng untuk kita tidak lupa siapa kita
Untuk kita tidak berjalan dengan sombong dan bongkak
Eh..sekejap..banyakkan hikmah di sebalik semua kesusahan ini?
Bukan ke ini membantu kita untuk menyelusuri kehidupan di dunia yang sekali ni jer?

Maka, kesusahan itu...ujian itu...
Bukan ke satu anugerah? 
Ok..senyum (^_^)..dan...mari kita mulakan hidup
Tuhan masih lagi beri kita peluang untuk... sekali ni jer~