Saturday, March 10, 2012

Hey, be positive la beb...

'tap...tap...tap.'

Bunyi hujan menimpa zink di tepi tingkap. Malam yang tenang dan dingin.

Ceh, ayat intro macam nak buat novel jer. Hujan la, malam la, haper2 je la...wuhuhu...8)

being positive! simple to say but how? Melilau di facebook sambil2 jenguk rakyat jelata dan tinjau2 post sahabat2 (i like to be a silent reader...). Satu soklan pop-up dalam fikiran. Menjadi positif ini satu pilihan atau latihan. Kita boleh memilih untuk positif atau melatih diri menjadi positif? Atau kedua-duanya perlu bergabung? Memilih menjadi positif dan melatih diri menjadi positif. Hahaha mende la yang ko nak cakap sebenarnya ni??? Adoi...ok example:

situasi 1: minah (xda kena mengena ngan sesape hokeh!) putus cinta. Maka dia melayan perasaan dengan lagu-lagu sedih bagai untuk menunjukkan betapa bersalahnya, betapa kecewanya dia. Makanya minah pun bersedih la untuk ntah berapa lamanya...

situasi 2: minah (xda kena mengena ngan sesape hokeh!) putus cinta. Maka dia melayan lagu-lagu yang menaikkan semangatnya untuk bangkit semula, jodoh di tangan Tuhan, Insyaallah moga diberi yang terbaik selepas ini, belajar dari kesilapan dan apa2 je la ea. Memang minah akan sedih untuk permulaanya tapi saya percaya minah akan bangkit dengan semangat baru untuk meneruskan hidup.

ok..example end. In a nutshell...conclude la sendrik..Hahaha Minah boleh memilih kan samada dia nak layan ujian hidup dia secara positif atau negatif. Dan minah akan bertindak mengikut pilihan dia. Hoho cakap senang la beb, ni jiwa yang rasa ni camna?? Pokoknya, dari akar sampai ke pucuk daun, you choose how u want to be. Jika anda memilih untuk bahagia, maka carilah jalan untuk bahagia. Memulakan langkah pertama memang payah, tapi pada langkah kedua Insyaallah Allah akan bantu. Memulakan untuk bangkit, berperang dengan perasaan, emosi, menanamkan tekad untuk berubah (u-turn) memang payah. Sebab ia perlukan mujahadah. Tapi apabila sudah bertekad memilih untuk bahagia dengan mendekatkan diri pada Allah swt, maka Allah adalah lagi-lagi lebih dekat dengan kita.

"Jika hamba-Ku bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Aku, sesungguhnya Aku adalah amat dekat, Aku menjawab permintaan yang diserukan kepada-Ku jika mereka menyeru, maka terimalah segala arahanKu, dan berimanlah kepada-Ku agar mereka beroleh kemenangan." (Al-Baqarah: 186)

"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan memberikannya jalan keluar, dan memberikannya rezeki dari arah yang dia tidak sangka..." (Al-Talaq: 2-3)

"Dan ingatilah Aku, maka Aku akan mengingati kamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan jangan kamu kufur." (Al-Baqarah: 152)

Jelas, banyak love letter dari Tuhan yang menunjukkan sesungguhnya Allah tidak pernah mensia-siakan atau menzalimi hamba-hambaNya. Maka, apabila kita berasa amat payah untuk menghadapi suatu ujian dalam hidup, ask Allah to help us! Bina hubungan kuat dengan Maha Pencipta kita sebab Dia Maha Mengetahui segalanya dan Maha memegang hati saya dan hati kamu. Mari jadi positif sebab...kita boleh mimilih untuk bahagia dan kita punya Allah sebagai tempat mengadu.

~ Tadi buat intro hujan maen2 jer, tetiba hujan betol2 turun daa..Haha malam yang tenang dan dingin...

~ Nak kongsi satu quote dari C.W. Eliot (President of Harvard University). Terjumpa quote ni masa kat bilik 24 jam UMT. I like book. Seorang prof. tua pernah bagi tips bagaimana untuk menjadi positif iaitu read a book before you sleep, saya buat dan saya senyum. 8) Tapi kalu baca urtv ke takpun mangga before sleep memang mata juling pandang atas ar. haha

“Books are the quietest and most constant of friends; they are the most accessible and wisest of counselors, and the most patient of teachers.”


No comments:

Post a Comment