Friday, March 15, 2013

Bersyukur Saat Diuji

selesai...Alhamdulillah(^_^)

seringkali kita rasa kita diuji taktala kita merasa kehilangan, kesedihan, kesusahan, kesengsaraan, kesakitan dan yang sinonim dengannya. Dan perkara-perkara sebeginilah yang selalu membuatkan kita ingat padaNya=)

lupa kita dengan kesenangan, kegembiraan, kemewahan, juga sebenarnya ujian yang besar. Perkara-perkara sebegini yang selalunya membuatkan kita lupa dan leka yang sebenarnya kita sedang diuji.

jadi berutunglah bagi mereka yang selalu diuji dan mereka bersolat dan bersabar.

mereka sedar mereka sedang diuji dan mengambil pelajaran dari peringatan tersebut.

kehidupan ini memang penuh ujian dan ujian terakhir ialah ujian kematian.
bersediakah kita??? Allahurabbi...

~Ujian adalah 'Anugerah'~

p/s: Terima kasih buat Nurul Fazrena Kamal dan Mama Nurul 'Uyun Ahmad yang memperkenalkan buku ini. Sudah lama mencari tapi aturan Allah cukup cantik! Ditemukan saya dengan buku ini pada masa yang saya kira sangat tepat. Semoga Allah merahmati penulis buku ini. Ini kisah beliau tapi kesediaannya untuk berkongsi secara ikhlas dari hati amat menyentuh hati. Persepsi dan cara pandang pada suatu yang dikatakan 'ujian' itu sangat berbeza. Sekiranya sekarang kita rasa kita sedang diuji, maka tersenyumlah (^_^)


No comments:

Post a Comment