Thursday, June 6, 2013

Jangan la buat susah der~

Ada suatu kisah
kisah persahabatan diantara dua orang insan
mereka berkenalan sejak zaman persekolahan lagi
mula berkenalan di dalam kelas mengaji al-Quran

Takdir Allah yang Maha Esa
mereka menyambung pengajian di institusi penganjian tinggi yang sama
walaupun berlainan kursus dan tahun pengajian
mereka tetap saling berhubungan dan bertanya khabar
walaupun masing-masing semakin sibuk dengan pengajian
tapi ada kalanya mereka masih sempat bertanya khabar
masih sempat beriftar, masih sempat keluar ke taman
mendengar cerita duka
masih sempat ber'ym', ber'sms'
masih lagi sempat berkongsi cerita dan rasa
gembira, bahagia, sedih, stress...

Dan akhirnya mereka berjauhan
demi tuntutan kerja dan keluarga
walaupun jauh dan jarang2 sudah berhubungan
tapi adakalanya masih lagi sempat bertanya khabar
lewat sms atau mukabuku

Tiba-tiba suatu hari,
sahabat ini mendapat khabar
sahabatnya itu sudah bernikah
hati sahabat ini sedikit terusik
kenapa tidak dibagitau awal
tetapi alasan yang diberikan kerana sibuk
dan tidak sempat bercerita mengenai pernikahan tersebut
lebih membuatkan hati sahabat ini terasa
sibuk sangatkah walau untuk sekadar menhantar mesej?
susah hati sahabat ini
memikirkan betapa dia sangat terasa dengan sahabatnya itu
berhari-hari dia menjeruk rasa
dia cuba untuk melupakan rasa hati itu
namun entah kenapa hatinya menjadi begitu sedih

akhirnya...
sahabat ini memutuskan
untuk terus bersahabat dengan sahabatnya itu
mudahkah melupakan rasa hati???
sahabat ini hanya tersenyum...
sahabat ini berfikir
selama ini Tuhan telah memberikan dia peluang
merasai pelbagai nikmat di dunia ini
merasai pelbagai rasa
yang walaupun kadangkala membuatkan dia tersenyum kegembiraan
dan ada kalanya 'tersenyum' kesedihan=)
dan atas segala nikmat yang Tuhan berikan ini
adakalanya juga dia terlupa dan terlalai kepada pemberi nikmat
dek kerana sibuk dengan nikmat dunia...
namun Tuhan saaaangat baik
sangat Maha Penyayang
masih lagi memberikan dia dengan pelbagai nikmat
Dia masih ada dan sentiasa ada untuk mendengar luahan rasa
Dia masih lagi sentiasa melindungi
masih dan masih ada...

Tuhan tidak pernah meninggalkan kita
sentiasaaaaa dekat dengan kita
harta, pangkat, keluarga, sahabat, insan tersayang
bisa-bisa saja menjadi tiada untuk kita
bila kita memerlukan
tapi Tuhan masih tetap ada

Jadi sahabat ini
memilih untuk tidak menyusahkan hatinya
dengan rasa hati itu
mungkin sahaja sahabatnya itu memang benar2 sibuk
atau apa sahaja sebabnya
itu sudah bukan perkara yang penting buat sahabat ini
apa yang penting dan menjadi kewajiban seorang sahabat
ialah mendoakan kebahagian sahabatnya
mendoakan keberkatan rumah tangga sahabatnya
semoga dengan kesabaran ini
bisa memudahkan jalan ke syurga...


p/s: ianya sekadar sebuah kisah~




2 comments:

  1. dan kadang2, Allah tegur kita yang terlalu sibuk hingga terlupakan Dia...dengan menghadirkan sahabat yang terlalu sibuk hingga terlupakan kita...Allahu...

    ReplyDelete
  2. zupp...sentap! hehe xpe...Allah kan selalu ada (^_^)

    ReplyDelete