Monday, September 29, 2014

sebelum pergi 2....

kematian itu sangat dekat
cuma kita tak tahu bila dan bagaimana
kematian itu sepatutnya bukan melemahkan
kematian mengajar kita untuk menghargai
menghargai tentang apa sahaja yang kita ada
sebelum ianya hilang pergi

apa sahaja yang kita ada di dunia
akan ditinggalkan
mereka yang kita sayang, keluarga, jawatan, pangkat, harta...
yang ikut bersama hanyalah amal
penghujung yang pasti menunggu

pada penghujung kisah ini...
aku harap... aku jadi orang yang berjaya

No comments:

Post a Comment