Tuesday, March 1, 2011

Alam ini sedang mengajar kita

kita berjalan di pesisir pantai
angin bertiup mesra menyapa pipi
terasa sungguh menenangkan
dilayan begitu oleh sang angin
tapi awas, di musim tengkujuh
tiada lagi sapaan lembut sang angin
hanya hembusan dingin yang datang menampar

ketika berjalan di pesisir pantai
ombak kecil lembut mengusap kaki
dan hati ini sungguh senang
bermain-main dengan si ombak kecil
namun si ombak ini juga bisa berubah watak
menjadi ganas memukul sang pantai yang keliru
menjadi kasar menghentan sang batu yang tegar

ketika berjalan di pesisir pantai
kaki lembut memijak pasir pantai
sesekali membentuk pelbagai corak
ada corak yang hambar
ada corak yang berseni cantik
dan sang pasir di pesisir pantai itu
juga sentiasa berubah corak
mengikut alunan terjahan sang ombak




ah, mereka semua sentiasa berubah
angin, ombak, pasir pantai
sekejap menjadi mesra sekejap menjadi dingin
sekejap lembut menangkan
tapi bertukar jua menjadi kasar
sekejap pandangan itu sangat cantik mendamaikan
tapi bisa juga menjadi sebuah pandangan yang jelik
uh, tiada apakah yang kekal dalam dunia ini?

Alam ini sedang mengajar kita
yang begitu cetek mengenal kehidupanan
sedangkan alam ini juga kekadang berubah watak
patuh dengan arahan Yang Berkuasa

dan begitulah kita
kekadang kita perlu lakukan sebuah perubahan
dan adakalanya perubahan tersebut begitu sukar
yang perlukan mujahadah, yang perlukan istiqamah
yang memerlukan kepada sebuah pengorbanan
namun redha Tuhan atau redha manusia yang kita cari?
dan alam itu terus mengajar kita tanpa jemu
mengajak kita kembali berfikir
ikhlaskah hati kita pada perubahan ini?

p/s: sejak akhir-akhir ini, merenung sang ombak begitu mengasyikkan. pantai menjadi tempat untuk berfikir dengan tenang. hebat sungguh ciptaan Allah swt.

~ku biarkan kalam berbicara, menghuraikan apa yang terbuku di jiwa~

8 comments:

  1. syukran k.sun=) jom kita merenung alam(^,~)

    ReplyDelete
  2. mesti ms.ck teringat kat ms.sn jugakkan..sebab ms.sn suka pantai. Hikhikhik ^_^

    ReplyDelete
  3. ms.sn> hukhuk miss u dik... jom g pantai=)

    ReplyDelete
  4. nak g pantai gak......
    tapi mesti akak selalu merenung Pantai Batu Burok kan?

    hehehe...\(^0^)/

    ReplyDelete
  5. vna> haha salah!!! sila cuba lagi...ngeh3x..jom g pantai(^_^)

    ReplyDelete
  6. aaah..! salah? kenapa pulok?
    set! bl ms.ck ajak..maknanya, semua ditanggung bereh ah ni...\(^0^)/...saya nak steamboat..!

    ReplyDelete
  7. kenapa pulok? sebab salah la...igt kt k.trg ni da pantai batu burok je ker...ngeh2x..
    bereh2x..(~,^)

    ReplyDelete