Sunday, August 21, 2011

Coretan Ramadhan 1432H

Assalamualaikum wrt...

hati sekadar menuntut mahu berkongsi. sebak mengingatkan peristiwa semalam masih terasa. betapa bersyukurnya kita yang dikurniakan pelbagai nikmat hingga kadang-kadang kita menjadi alpha untuk mensyukuri nikmatNya. Ya Allah... Engkau mempelbagaikan keadaan manusia dengan pelbagai2 ujian, keadaan untuk menuntut hamba-hambaMu berfikir. sungguh banyak hikmah yang tersembunyi disebalik setiap apa yang Engkau takdirkan kepada kami. Ya Allah... Engkau tempatkan kami pada jalan orang-orang yang mencari redha dan cintaMu dan Engkau istiqomahkan kami pada jalan tersebut...

20 Ramadhan-Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk menghadirkan diri pada suatu program anjuran Nisa' Negeri Terengganu. Allah Maha Besar, membuka hati saya untuk bersama-sama menghadirkan diri dalam program tersebut walaupun pada mulanya hati terasa berat untuk pergi dengan pelbagai alasan, hmm, xpe la, xyah g kot...ajk dah ramai, ajk dari dun pun ada... nak g beli barang buat kuih raya lagi ni, ajk lain dah ramai ni boleh handle.. itulah antara alasan2 yang bermain di hati. Namun Allah swt mahu menunjukan kekuasaanNya, menhadirkan rasa insaf dalam hati yang keras ini, mewujudkan rasa syukur atas banyaknya nikmat yang telah Dia berikan. Allahuakbar...

Program yang diberi nama 'Smallkindness', sumbangan kecil tapi mungkin sangat2 bermakna buat insan2 yang memerlukan. Tahun ini, seramai 40 orang anak2 dari kelurga miskin dan anak2 yatim dibawa untuk membeli baju baru, kasut baru, tudung baru dan pelbagai lagi kelengkapan yang mungkin sedikit sebanyak menimbulkan rasa gembira di hati mereka. dengan peruntukan untuk setiap anak2 yang jumlahnya tidaklah sebesar mana, kami dikehendaki untuk mambawa anak2 tersebut 'bershopping' raya. kalau diikutkan peruntukan untuk setiap anak2 tersebut sememangnya tidak mencukupi dan kami perlu mengharapkan simpati dari peniaga bagi mendapatkan harga yang murah.

masih terbayang lagi betapa gembiranya wajah anak2 tersebut taktala menyarungkan baju baru. sebak hati melihat wajah mereka. betapa bersyukurnya kita selama ini. hati yang keras ini juga bisa menjadi cair, dan air mata menjadi begitu murah sekali. Ya Allah, hati saya sangat sayu melihat wajah-wajah mereka. dari satu kedai ke satu kedai kami mencuba baju baru yang selesa dan berkenan di hati, tawar-menawar, meraih simpati dan mengajak peniaga beramal. Namun, kita hanya mampu berusaha tapi Allah yang memegang hati-hati mereka. baju baru sudah dicuba, sudah berkenan di hati, sudah terukir senyuman di bibir, namun tawar-menawarku dengan peniaga tersebut, simpati yang diraih untuk anak2 yatim dan miskin ini tidak bisa melembutkan hati mereka. harga diluar dari peruntukan, tangan terpaksa dikuatkan, menaik tangan anak2 tersebut; 'mari dik, kita cuba baju di tempat lain'. Ya Allah betapa hati ini sangat2 sebak. Rasa serba salah yang menebal tapi dikuatkan hati... sakinah, tolong jangan menangis depan adik2 ini.

Namun, disebalik kerakusan peniaga yang mencari keuntungan di bulan mulia yang digalakkan umatnya untuk bersedekah, masih ada segelintir dari mereka yang begitu baik hatinya. begitu lembut hati mereka terhadap anak2 yatim dan miskin ini. taktala kami bergerak untuk meninggal ruang niaga A untuk ke ruang niaga B mencari hati2 yang mahu menyumbang untuk anak2 yatim dan miskin ini, kami melalui sebuah kedai yang terletak di luar ruang niaga B bersebelahan pintu masuk. Pada mulanya kami tawar menawar dengan kakak tersebut meminta harga yang paling murah yang boleh diberi, dan Alhamdulillah harga yang diberikan berpatutan yang sesuai dengan peruntukan. kami katakan pada kakak peniaga tersebut tentang program kami dan anak2 ini dari keluarga yatim dan miskin. Maka kami meminta adik tersebut mencuba baru baru yang berkenan di hati. dari satu baju, ke satu baju dicuba, kakak tersebut tenang melayan karenah mereka. akhirnya, setelah baju yang dicari berkenan di hati, maka kami siap untuk menghulurkan bayaran. Allah itu memang Maha Berkuasa, Maha Penyayang, Maha Pemberi Rezeki, telah melembutkan hati kakak tersebut untuk memberi baju tersebut secara percuma. Hati saya tidak dapat menahan sebak, mengalir juga air mata ini. Ya Allah, Kau majukan perniagaan kakak ini, Kau murahkan rezekinya Ya Allah. Alhamdulillah masih ada mereka yang mahu mencari keuntungan akhirat. Terukir senyuman di bibir anak2 tersebut mendapat apa yang mungkin sudah lama mereka idam-idamkan. Dan terima kasih Ya Allah, syukur Alhamdulillah atas setiap rasa dan nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami.



p/s:
-Allah yang memegang hati-hati kita. melahirkan pelbagai rasa dan nikmat. Alhamdulillah dengan apa yang diberikan kepada kita selama hari ini.
-kepada insan-insan yang mungkin selalu menjenguk blog ini dan melihatnya tidak terisi dengan sesuatu yang baru, terima kasih dan special thanks kepada insan2 yang menegur atas ke alphaan saya untuk berkongsi sesuatu. anda semua sangat istimewa di hati saya.
-selamat mengisi ramadhan yang berbaki beberapa hari ini, semoga bulan berkat ini membawa kita pulang kembali pada jalanNya, mengikut fitrah manusia.
-selamat menyambut bulan syawal yang bakal menjelma, semoga bulan kemenangan ini tidak disambut dengan kekalahan kita pada nafsu.

2 comments:

  1. salam.

    ok dear. aku ternangis baca. ni belum 'merasai' pengalaman tu mcm ko,,Allah,,teringat waktu ak sambut hari lahir kat umah anak yatim yg dhoif,,mmg menginsafkan..

    thanx dear. terkesan kat hati aku..ini yg aku cari..syukran.

    ReplyDelete
  2. MB> kita ni bersyukur sgt2 sbb da mak ayah lagi n kecik2 dlu kita ad dorg utk belikn bju raya. tapi anak2 2...hanya mgharap belas ihsan org.

    thank dear for everytg...miss u a lot('_')

    ReplyDelete