Showing posts with label rasa hati. Show all posts
Showing posts with label rasa hati. Show all posts

Sunday, February 5, 2012

sesuatu yang ingin dikongsi...

Hati yang hidup adalah hati yang penuh dengan rasa kasih sayang

Sayangilah diri anda dan mereka yang berada di sekeliling anda.

Ungkaplah sayang kepada mereka sebelum terlambat dan bersedialah memberi kemaafan.

Kemaafan buat diri sendiri dan kemaafan untuk orang lain.

Tidak guna menyimpan dendam kerna ia sebuah penyakit yang memusnahkan.

Hari ini ialah ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad saw.

Hari ini saya menghabiskan bacaan sebuah buku.

Hari ini saya telah berjumpa dengan seorang sahabat lama.

Dan hari ini banyak mengajar saya mengenai kehidupan.

Sungguh unik dan menakjubkan

Dan buku itu, tidak setebal mana tapi ia penuh dengan kata-kata yang mendalam

Membuatkan saya berfikir dan berfikir

Ingin jadi seorang yang berjiwa besar…

Dan saya ingin kongsikan buku ini dengan semua orang yang saya sayang

“Tuesday with Morrie by Mitch Albom”

Apa yang difikirkan Morrie sememang sudah lama dalam ajaran agama kita. ISLAM YANG INDAH.

Tapi ruginya selama ini kita tidak tersedar.

Mengingati mati bukan sesuatu yang menakutkan, bukan suatu yang ngeri.

Tapi ia ialah penghargaan kepada sebuah kehidupan

Dan bagaimana kita mengisi kehidupan itu dengan sesuatu yang bermakna

Dan bukan sesuatu yang remeh temeh dan sia-sia.

Salam Maulidur Rasul 1433H

*Nabi kita penuh dengan rasa kasih sayang. Kasih dan Sayang pada umatnya hingga hujung nyawa. Dan kita dimana?


Tuesday, October 26, 2010

...sakit...

Saya tidak sedar bila ia bercambah dalam diri ini.
dan apabila saya sedar ianya sudah tumbuh subur
tapi tumbuhnya ia sangat tidak dialu-alukan
tumbuhnya ia membawa derita
tumbuhnya ia amat berbahaya
saya perlu ubati diri ini dengan segera.
Ya Allah...sakitnya diri ini
ku mohon padaMu
berilah petunjuk sebagai penawar sakitku ini
aku mahu sihat Ya Allah
impianku masih belum terlaksana
aku mahu sihat...

Thursday, October 21, 2010

I'm not perfect...still learning and always until the end of my life

Membaca emel dari seorang sahabat. saya sungguh terharu dengan keprihatinan beliau. ya, beliau seperti sebelumnya, sangat alert dengan sahabat2 dan sentiasa memberi peringatan walaupun kadangkala mendapat respond yang negatif. tapi itulah yang dinamakan sahabat. walaupun pahit, tapi beliau tetap nyatakan apa yang terpendam di dalam hati.

Setelah membaca pandangan dan rasa hati beliau:

1) saya sgt terharu dan bersyukur Allah kuniakan sahabat yang sentiasa saling mengingati
2) rasa sayang saya pada sahabat2, sukar untuk diluahkan dengan kata2 kerna ia sgt mendalam
3) saya sangat tidak senang hati kerna mungkin ada sahabat2 saya yang msh leka di luar sana

Isu yg dibangkitkan ialah mengenai ikhtilat. ya, saya bukanlah ahli untuk memberi pandangan yg pjg lebar tapi tertarik untuk berkongsi rasa hati yang telah sekian lama terpendam. mungkin ada dikalangan kita yg merasakan isu ini sudah, perkara kecil, banyak lain yg lbh pntg, isu xserius atau apa sekalipun tapi tidak salah bukan untuk kita saling mengingati.

Sahabat saya itu telah mengingatkan saya pada sebuah kem. kem yang bagi saya telah menanamkan rasa kasih sayang pada sahabat2 yg sgt mendalam. sayang yang mengikat kita sentiasa berada dijalan dakwah. sayang yang membuatkan kita rasa untuk saling mengingati sahabat2. sayang yang merantai hati kita untuk tetap teguh dengan keimanan. sayang yang....Ya Allah, begitu sukar untuk saya huraikan makna sayang itu. Dan atas sebab sayang itulah saya menulis disini.
Saya minta maaf, tetapi apa yg dilihat dgn kecanggihan teknologi dan kemudahan yang semakin pantas untuk kita menzahirkan, meluahkan dan mempamerkan apa sahaja. ya, kita begitu mudah sekali untuk m'coment' status, photo, video etc. like sana sini...tapi sahabat2, cuba kite renungi kembali. ana sgt risaukan fitnah kpd shbt2. setiap apa yg dilakukan di facebook, umum akan menelitinya@mentafsirnya. Ya, kita bukan perfect tapi xsalah kan kalau kita cuba menghampiri sesuatu kebaikan yg mengurangkan fitnah kepada ISLAM.

Saya yg sudah memiliki facebook utk beberapa bulan ini, saya xtau sudah berapa banyak kah dosa dan fitnah yang terkumpul. Ya Rabbi...

HARAPAN: satu perkara yang sentiasa saya harapkan, sesudah saya memberitahu sahabat2 akan kewujudan saya dalam dunia blog @ facebook, saya mohon yang teramat2 sangat...tegurlah..tegurlah saya jika saya menulis @ mengupload @ atau apa2 shj yang tidak sepatutnya. saya insan yang lemah yang kadangkala terikut rasa hati tanpa sedar @ tidak telah melanggar batasan maka TEGURLAH.

Kata-kata Saad b Abi Waqqas RA kepada Salman Al-Farisi RA ketika penaklukan Iwan Khusraw:

"Sekiranya dalam pasukan ini tidak terdapat orang yang suka melanggar atau berbuat dosa, nescaya kebaikan pasti akan menang."


Monday, October 18, 2010

Resah

"Bila kamu resah, pergilah ke majlis ilmu.
Jika keresahan itu masih mendakap kamu, bacalah al-Quran.
Jika keresahan tetap belum hilang, maka kamu bersunyi-sunyilah di malam hari,
adukan rasa hatimu kepada Tuhan.
Jika masih lagi resah,
doakan kepada Allah swt
agar ditukar hati kamu kepada hati yang lain."
-Ibnu Mas'ud RA-

Allah telah mentakdir yang terbaik untuk kita. Tapi kenapa hati ini masih resah memikirkan banyak hal yang belum pasti...Oh sangat tidak suka dengan perasaan ini.

Thursday, October 7, 2010

which way?

jalan mana harus ku lalui
begitu sukar membuat keputusan
antara impian dan pengorbanan
mengikut rasa hati tapi membuat yang lain terasa hati
meninggalkan mereka namun sakinahkah hatiku nanti
mungkin terpaksa kukorbankan seketika cita-cita
mungkin aku perlu meninggalkan sebentar mereka
Ya Allah aku mohon petunjukMu
agar pilihanku ini adalah yang terbaik dariMu
aku tidak memiliki apa-apa
melainkan dengan apa yang Kau kurniakan
tolong lenyapkan ketakutan & kebimbangan ini
aku ingin menyerahkan segalanya padaMu
kuatkan hatiku Ya Allah*my dream*

"semut pergi ke kedai..ulat pun ikut..gajah pun ikut"
p/s: tiba2 teringatkn beliau yg mengajarkn lagu itu...time kaseh..adik gunakan bila umi mintak adik gosok2 tangannya yang sakit. xigt lirik penuh jadi adik buat lirik sndrik=D