Wednesday, May 29, 2013

Jurnal Kehidupan

menjadi seperti 'sangkar burung' atau 'kandang binatang ternakan'
apabila mendengar paluan rebana, jika kita dari jenis burung terbang tinggi
maka teruslah terbang tinggi hingga menduduki kemuncak menara syurga...
wal'iyazubillah, jika kita termasuk dari jenis binatang ternakan,

'Mereka itu bagaikan binatang ternakan,
malah mereka lebih sesat lagi' (Al-A'raf: 179)

sudah pasti permindahan kita dari sudut rumah itu
tidak lagi selamat bahkan terus terjunam ke dasar neraka....
.
.
.
.
.
Ini sekadar perumpamaan, kata-kata dari Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.
Dunia ini, terlalu banyak yang kita fikirkan yang kita risaukan...
Akhirat??? Mati? Bekalan???
Malunya kita dihadapan Tuhan
Merasa megah dan yakin dengan ilmu pengetahuan
tapi amalan? apa gunanya ilmu..???
terpedaya lagi rupanya...
hinanya kita...masih di taraf binatang ternakan...



Friday, March 15, 2013

Bersyukur Saat Diuji

selesai...Alhamdulillah(^_^)

seringkali kita rasa kita diuji taktala kita merasa kehilangan, kesedihan, kesusahan, kesengsaraan, kesakitan dan yang sinonim dengannya. Dan perkara-perkara sebeginilah yang selalu membuatkan kita ingat padaNya=)

lupa kita dengan kesenangan, kegembiraan, kemewahan, juga sebenarnya ujian yang besar. Perkara-perkara sebegini yang selalunya membuatkan kita lupa dan leka yang sebenarnya kita sedang diuji.

jadi berutunglah bagi mereka yang selalu diuji dan mereka bersolat dan bersabar.

mereka sedar mereka sedang diuji dan mengambil pelajaran dari peringatan tersebut.

kehidupan ini memang penuh ujian dan ujian terakhir ialah ujian kematian.
bersediakah kita??? Allahurabbi...

~Ujian adalah 'Anugerah'~

p/s: Terima kasih buat Nurul Fazrena Kamal dan Mama Nurul 'Uyun Ahmad yang memperkenalkan buku ini. Sudah lama mencari tapi aturan Allah cukup cantik! Ditemukan saya dengan buku ini pada masa yang saya kira sangat tepat. Semoga Allah merahmati penulis buku ini. Ini kisah beliau tapi kesediaannya untuk berkongsi secara ikhlas dari hati amat menyentuh hati. Persepsi dan cara pandang pada suatu yang dikatakan 'ujian' itu sangat berbeza. Sekiranya sekarang kita rasa kita sedang diuji, maka tersenyumlah (^_^)


Sunday, March 3, 2013

Sangat-sangat sayang!

hmmmm....memang la saya tak pernah cakap depan2
tapi kan...hari ni kan....waaa..sebak kot
terasa kan macam dah banyak sangat bebankan dia
dah banyak sangat susahkan hati dia
dah banyak sangat bagi dia masalah
ok...memang la kan...
Ya Allah..tak tau dah rasa camna
saya memang bukan jenis bercerita masalah
saya selalu fikir ok saya boleh selesaikan sendiri
saya xnak susahkan orang lain sebab masalah saya
tapi kan sampai satu tahap
dah xtau nak fikir jalan apa lagi
dan buntu giler
tetiba Allah tunjukkan jalan
yang tak disangka-sangka
sungguhlah...kata-kata dari ibu ayah itu sangat menenangkan
hati anak yang macam kena ribut taufan
Ya Allah, Berkatilah kedua ibu bapaku
limpahkan rahmat dan kasih sayangMu kepada mereka
kerna aku sangat sayangkan mereka...
sangat-sangat...sayang ayoh & mie...
ok xleh nak tulis dah..mata dah kabur.....

Thursday, February 28, 2013

Aku akan terus tersenyum...

untuk banyak sebab
kita harus terus bergerak
kita harus terus berharap
tanpa kalah, tanpa lelah

biar mereka
terus permain-mainkan
fikir diri tiada punya perasaan
fikir diri tiada berfikir

aku akan terus perhatikan
sambil tersenyum dan merenung
sambil ketawa dan diam menyepi
ahh... itu hanya sebuah kebodohan 

aku....
tidak pernah akan berhenti
yer..mungkin aku pernah jatuh
tapi bangkit dengan perbagai matlamat
selagi Tuhan beri aku nyawa

sangat-sangat pasti
kebenaran akan menang
untuk suatu masa
yang hanya Tuhan yang tahu

Tuhan...
tolong beri aku kekuatan
beri aku kesabaran
untuk takdir yang telah Kau tentukan...