Saturday, March 5, 2011

maaf, saya bukan mek bunga yer.

Di suatu petang yang nyaman dengan angin pantai yang mengulik mesra, di sebuah teratak usang...

cucu: tok, pokok bunga tok dah layu la. mcm dh nk mati jer. buang je la tok ea. kita ganti dengan pokok bunga baru




tok: hmmm cu, masa arwah tokki kamu masih ada dulu, setiap pagi tokki akan hadiahkan tok dengan bunga ni. tersengeh-sengeh tok bila dapat bunga tu. kemudian, tok akan selitkan pada sanggul tok. tersenyum tokki kamu. (tok pun ikut tersengeh)

cucu: waa, romantiknya tokki. mesti tokki sayang sangat dengan tok kan. sebab tok kan cantik

tok: cu, jangan kita nilai seseorang itu dengan kecantikkan luarannya sahaja. sebab ia takkan berkekalan lama. tengok bunga tu, cantik kan (ambil menunjukkan pada sekuntum bunga mawar yang sedang mekar di pohonnya). tapi bila ia dah tua, layu dan gugur ke tanah maka cantiknya juga turut pudar dan hilang. kecantikkan dan keindahan yang sejati tu datangnya dari kecantikan buah akhlak, tumbuh dari keteguhan pohon ibadah dan kekuatan akar akidahnya.


cucu: tapi kan tok, camna plak dengan perumpamaan "bunga yang cantik tiada bau, umpama wanita hilang malu". cu jumpa perumpaan tu kat sini (^_^)

tok: hoho macam kenal jer ayat tersebut. hmmm bak kata penulisnya tu, perumpamaan itu ialah sekadar kiasan jer. bunga, Allah memang sudah ciptakan memang ada yang bersifat mempunyai bau dan ada yang tidak berdasar kepada fungsi bunga tersebut kepada makhluk lain. cikgu sains tok dulu pernah bagitau, fungsi bau pada bunga ni adalah salah satunya untuk menarik perhatian pendebunganya. kalau pendebunganya sukakan bau harum, maka bunga tersebut akan menarik perhatiaan pendebunganya dengan bau harum. tapi tak semua bunga berbau harum kan. seperti bunga rafflesia, tidak berbau harum sebab pendebungannya ialah lalat yang tertarik dengan bau busuk. tengok, hebat sungguh ciptaan Allah swt pada alam ni. Jadi kita tak boleh nak salahkan bunga tersebut jika ia tidak berbau harum sebab memang sudah diciptakan begitu oleh Yang Esa.

cucu: pergh tok, berfakta sains plak. tapi tok apa kena mengena plak ngan wanita yang tiada malu ni. penting sangat ke malu pada seorang yang bernama wanita?

tok: begini cu, malu tu sebenanya bukan perlu pada wanita sahaja, bahkan lelaki juga perlukannya. malu itu berkaitan dengan maruah, berkaitan dengan iman. malu itu ialah cerminan kepada iman kita. Nabi Muhammad saw berkata mengenai malu ini, "Iman memiliki 67 cabang, dan malu adalah cabang dari iman" (hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Seorang yang mempunyai rasa malu juga tidak akan sanggup melihat dirinya dihina dihadapan Allah swt, di hadapan manusia atau dihadapan dirinya sendiri. tapi kenapa wanita yang selalu ditekankan dengan maruah dan sifat malu? wanita merupakan golongan yang lemah dan mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta yang paling ramai juga yang menjadi penghuni neraka. jadi, malu itulah yang akan menjadi benteng daripada melakukan perkara yang mungkar dan mengikut hawa nafsu tersebut. wanita yang mempunyai sifat malu ini akan sentiasa menjaga dirinya supaya tidak terjerumus ke dalam lembah maksiat, fitnah, dan perkara-perkara yang tidak baik.

cucu: oooh, jadi maknanya wanita yang mempunyai sifat malu ni lebih dihargai dan dipandang tinggi daripada wanita yang sudah hilang sifat malunya. macam bunga yang berbau harum, orang akan belai-belai, dijaga rapi, dijadikan hadiah. tapi takder plak orang nak jadikan bunga rafflesia ke, bunga tahi ayam ke sebagai hadiah kan...hehehe

tok: iya la tu cu. pandai jer kamu ni. cu pun kena ingatkan dalam diri, berasa malulah untuk berbuat kemungkaran sebab sehebat mana pun kita cuba menyembunyikan kesalahan kita atau niat tak betul kita tu, tak akan terlepas dari pengetahuan Allah swt. Malulah kita nak buat kemungkaran kepada Tuhan yang telah memberikan pelbagai nikmat buat kita tanpa meminta sebarang bayaran pun.

cucu: Insyaallah tok. cu akan pahatkan segala nasihat tok beri tu pada hati dan jiwa cu. err tok, kembali pada topik asal kita, tok nak buang tak pokok bunga yang nak mati tu.

tok: hehehe xpe cu, pokok bunga ni banyak kenangannya. lagipun ia belum mati lagi. kita boleh tambahkan baja, siram ia selalu, Insyaallah nanti pokok ini akan berbunga lagi. (^_^)


p/s:
1) tokki dan tok adalah gelaran untuk atok dan nenek yang biasanya digunakan oleh orang terengganu.
2) alam sentiasa mengajar kita dengan sesuatu yang hebat. menggalakkan kita berfikir dengan kehebatan kuasa Allah swt.
3) thanks MB untuk perumpamaan tersebut.
4) kalau anda semua sayangkan saya, tolong ingatkan saya kembali sekiranya saya terleka.

Tuesday, March 1, 2011

Alam ini sedang mengajar kita

kita berjalan di pesisir pantai
angin bertiup mesra menyapa pipi
terasa sungguh menenangkan
dilayan begitu oleh sang angin
tapi awas, di musim tengkujuh
tiada lagi sapaan lembut sang angin
hanya hembusan dingin yang datang menampar

ketika berjalan di pesisir pantai
ombak kecil lembut mengusap kaki
dan hati ini sungguh senang
bermain-main dengan si ombak kecil
namun si ombak ini juga bisa berubah watak
menjadi ganas memukul sang pantai yang keliru
menjadi kasar menghentan sang batu yang tegar

ketika berjalan di pesisir pantai
kaki lembut memijak pasir pantai
sesekali membentuk pelbagai corak
ada corak yang hambar
ada corak yang berseni cantik
dan sang pasir di pesisir pantai itu
juga sentiasa berubah corak
mengikut alunan terjahan sang ombak




ah, mereka semua sentiasa berubah
angin, ombak, pasir pantai
sekejap menjadi mesra sekejap menjadi dingin
sekejap lembut menangkan
tapi bertukar jua menjadi kasar
sekejap pandangan itu sangat cantik mendamaikan
tapi bisa juga menjadi sebuah pandangan yang jelik
uh, tiada apakah yang kekal dalam dunia ini?

Alam ini sedang mengajar kita
yang begitu cetek mengenal kehidupanan
sedangkan alam ini juga kekadang berubah watak
patuh dengan arahan Yang Berkuasa

dan begitulah kita
kekadang kita perlu lakukan sebuah perubahan
dan adakalanya perubahan tersebut begitu sukar
yang perlukan mujahadah, yang perlukan istiqamah
yang memerlukan kepada sebuah pengorbanan
namun redha Tuhan atau redha manusia yang kita cari?
dan alam itu terus mengajar kita tanpa jemu
mengajak kita kembali berfikir
ikhlaskah hati kita pada perubahan ini?

p/s: sejak akhir-akhir ini, merenung sang ombak begitu mengasyikkan. pantai menjadi tempat untuk berfikir dengan tenang. hebat sungguh ciptaan Allah swt.

~ku biarkan kalam berbicara, menghuraikan apa yang terbuku di jiwa~

Tuesday, February 15, 2011

Sollu...sollu...sollu

Terjemahan untuk selawat binnabil huda boleh amek kat sini



Assalamualaikum wrt...
Selawat dan salam terutamanya kepada junjungan mulia, Nabi Muhammad saw.

suatu ketika dahulu di sebuah tempat...
"siapa idola kamu"
"Nabi Muhammad"
"kenapa Nabi Muhammad?"
"errr"
"kamu kenal tak Nabi Muhammad? tahu ke sejarah hidup baginda? boleh ceritakan sikit?"
"hmmm..err..aaa"
"macam mana kamu jadikan Nabi Muhammad sebagai idola sedangnya kamu tak kenal pun baginda? tak amek tahu pun sejarah hidupnya?"

Dialog ni cukup buat saya rasa malu, tersentak. Benar, kata cinta, kasih dan sayang pada Rasulullah tapi sejarah hidup baginda pun kita tak amek kisah. Sedangkan Nabi Muhammad saw cukup kasih dan sayang pada kita, umatnya sehingga ke akhir hayat baginda. Tapi kita? Tepuk dada tanya iman.Sempena Maulidur Rasul ini, hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw, saya ingin mengajak diri saya, keluarga dan sahabat2 semua supaya perbanyakkan selawat ke atas baginda.

Sebenarnya senang jer nak praktikkan. Saya pun kadang terlupa, terleka, teralpha. Sambil dalam perjalanan gi tempat kerja, makmal, kelas atau ke mana sahaja kita boleh berselawat, berzikir. Sekarang dah senang, boleh download zikir, selawat dalam handphone. Sambil2 buat kerja boleh la pasang, dengar dan berselawat sekali. Peringatan buat diri sendiri, keluarga dan sahabat2. Semoga kita mendapat syafaat pada perhitungan kelak. InsyaAllah.



p/s: saya sedih bila ingat balik suatu ketika dahulu, ada satu pihak melarang kami berselawat kuat2 semasa perarakan Maulidur Rasul atas alasan yang sungguh tidak munasabah. nak selawat dalam hati jer. hmmm kalu konsert takpe plak pasang kuat2...

Thursday, February 10, 2011

KEMPEN: Kami TAK Sambut Hari Valentine~



Assalamualaikum wrt...

Sebagai menyokong usaha murni k.sunah dalam menjayakan kempen ini. Rasanya sudah tibanya masa untuk kita semua membebaskan minda daripada budaya barat yang jelas merosakkan. Mungkin selama ni kita tau tahu, main ikot jer, main wish jer tanpa kita tahu apakah agenda yang tersembunyi di sebalik Valentine Day ini. Sedar-sedar kita nampak kesannya sahaja. Kerosakkan teruk akhlak remaja kita. Anak lari dari rumah. Pesta maksiat melata. Pembuangan bayi sana sini. Dan kemudian kita hanya tahu menunding jari mencari salah siapa. Cuba tanya diri sendiri, kalu kempen sebegini pun kita tak sokong, dan cantik2 dah k.sunah buatkan banner dan paling kurang pun juz tempekkan sahaja banner ni kt blog or fb ker. Jadi atas alasan apa lagi untuk kita sama-sama membanteras budaya yang memusnahkan alam ni. Tepuk dahi tanya akal.

untuk maklumat lanjut sila klik di sini

~Saya TAK sambut hari valentine, sebab hari-hari adalah Hari Kasih Sayang~

p/s:
- Syukran kepada pihak penganjur kempen yang baik hati.
- 15 Feb = Maulidur Rasul
- Nabi Muhammad saw adalah insan yang paling penyayang kepada umatnya dan hingga ke penghujung hayat baginda masih lagi mengingati umatnya.

Tuesday, February 8, 2011

hanya Kau yang mampu

Dari sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari,
"Rasulullah bersabda yang Allah telah berfirman bahawa ganjaran untuk hambaKu yang taat kepadaKu, apabila Aku tarik sahabatnya atau saudaranya dari muka bumi ini; yakni mati, dan dia menerimanya dengan sabar kerana Aku, maka memang syurgalah yang menantinya."

Maka bersabarlah dengan segala ujian Allah kerana Dia sudah menjanjikan nikmat syurga buat hambaNya yang SABAR.

~saya mempunyai seorang sahabat, dan saya tahu di saat ini dia sedang mengalami kesedihan akibat kehilangan orang yang tersayang. Allah sedang mengujinya dengan pelbagai ujian. saya berjanji untuk menjadi sahabat selamanya, namun saya tahu saya bukan pelindung yang terbaik dengan semua masalahnya. Dan saya tahu ALLAH adalah pelindung yang terbaik buatnya. apalagi yang mampu saya katakan untuk menenangkan hatinya selain dari SABAR & REDHA. saya sedih bila dia sedih.~

"Ya Allah, Kau kuatkan hati sahabatku ini kerna aku tahu & yakin hanya Kau yang mampu. Ya Allah, Kau bawalah hatinya dengan sinar kebahagiaanMu. Permudahkan segala urusannya dan bawalah sahabatku ini ke jalan yang Engkau redhai."

p/s:
1) update blog dengan mood sedih
2) tahniah buat mama (k.uyun) dan a.Taib yang telah selamat diijab kabulkan. selamat pengantin baru.
3) saya suka karya Hlovate.